Wednesday, March 16, 2011

Kebangkitan Rakyat, Darurat Dicadangkan Di Bahrain

Manama 16 Mac 11: Raja Bahrain mencanangkan keadaan darurat di negaranya untuk mengatasi gelombang tunjuk perasaan anti pemerintah sejak Februari lalu. Sebelumnya, pemerintah Bahrain telah menerima bantuan pasukan keamanan dari Arab Saudi dan Uni Emirat Arab, yang berada di bawah mandat Dewan Kerjasama Teluk (GCC).

Menurut stasiun berita Al Jazeera, pengumuman keadaan darurat itu dikeluarkan Selasa waktu setempat. Keadaan darurat di Bahrain sudah berlaku selama tiga bulan, raja memberi mandat kepada militer Bahrain untuk melakukan "semua tindakan yang diperlukan untuk melindungi keamanan negara dan rakyatnya."

Sampai Selasa kemarin, belum nampak kehadiran pasukan Arab Saudi dan Uni Emirat Arab di Ibukota Manama, yang menjadi pusat pergolakan. Namun penentangan antara pemrotes dan pasukan keamanan terus berlangsung.

Menurut koresponden Al Jazeera, perlawanan Selasa kemarin mengorbankan sedikitnya dua orang di Sitra, pinggir Ibukota Manama. Seorang pemrotes di Manama, Abdullah Al Hubaaishi, mengatakan bahawa ada banyak pemrotes yang terluka di Sitra.

Arab Saudi mengirim sekitar seribu tentera ke Bahrain dan United Emirat Arab mengerahkan 500 polii. Kehadiran militer Saudi dan polis Emirat ini di bawah mandat GCC, yang beranggotakan enam negara Arab di Teluk Persia. Sebagai anggota, Bahrain meminta bantuan GCC untuk mengatasi gejolak di negara itu

Sejak Februari lalu, mereka protes di pusat kota, Bundaran Mutiara, kerana tidak tahan dengan politik diskriminatif dari monarki sehingga terjadi gejolak sosial. Isu ini sudah menimbulkan konflik golongan, kerana keluarga kerajaan dan pejabat pemerintah merupakan Muslim Sunni, sedangkan majoriti rakyat Bahrain adalah penganut Syiah. (IH)

Ikuti keseluruhannya..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

2 comments:

Anonymous said...

Bahrain adalah petunjuk kepada gerakan reformasi di Semenanjung Arab.
Jika Raja Bahrain tumbang, maka semestinya gerakan ini akan berkembang ke semua negara Teluk termasuk Qatar dan Arab Saudi.
INi bukan saja ditakuti oleh kerajaan autokratik mereka tetapi juga oleh Israel dan kuasa sekular Eropah.
Sebab itu tidak ada sokongan padu dari Rumah Putih kepada gerakan pembaharuan politik di Bahrain.
TETAPI dengan menggunakan tentera Arab Saudi dan UAE bagi mengawal keadaan di Bahrain, bererti rajanya telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya.
Amerika Syarikat sedang memikirkan satu sebab untuk menguasai Teluk sepenuhnya.
Ia juga alasan untuk menyerang dan menguasai Iran akhirnya.

Ibnu Hasyim said...

Ulasan menarik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails