Wednesday, March 09, 2011

Kekalkan Surau B/Lepas, Sejarah Cina Islam P.Pg



CATATAN SANTAI MERLIMAU 3

ASSALAMU'ALAIKUM. Saya memberi salam, bila saya sampai di markas PAS Merlimau. Rupanya Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS ada di situ dan menjawab salam. Saya tanya markaz PAS Pulau Pinang, diberitahu juga, tidak jauh dari situ.

Kami mencari-cari akhirnya sampai juga apabila masuk waktu zohor. Saya bersama dua kawan lagi masuk. Di dalam markas mereka sedang menyiapkan makanan. Sedang bersembang-sembang, tiba-tiba sekumpulan Muslimat dari Pulau Pinang sampai. Saya dengan seorang kawan keluar bercerita di luar.

Saya mencari peluang kutip maklumat sejarah..

"Tuan. Saya pernah buat kenyataan bahawa PAS ditubuhkan oleh salah seorang dari orang keturunan Cina anak Haji Hasan Kwantung (Canton). Cina asal Islam dari negara Cina. Beliau memegang jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS pertama setelah ditubuhkan. PAS waktu itu ada 2 Naib YDP Agung. Namanya Hj Mansur JP. Ada ke sesiapa yang boleh saya dapat maklumat lagi mengenai keluarga Hj Hasan Kwantung atau Hj Mansur JP itu?" Tanya saya kepada seorang AJK PAS sebuah Kawasan di Pulau Pinang. Namanya Abdul Rashid.

"Saya juga tahu serba sikit." Jawapnya. Kami membetulkan kedudukan untuk berbincang agak lama.

"Hj Mansur adalah anak Hj Hasan Kwantung. Anak Hj Mansur yang saya tahu..
Pertama ialah yang perempuannya, Saya tidak pasti siapa anak sulungnya. Dia berkahwin dengan ulama terkenal pada masa itu Hj Ahmad Badawi
Abdullah. Maka dapat anak yang diberi nama Abdullah. Itulah Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysiai." Jelas Abdul Rashid.

Tuan Haji Ahmad Badawi ayah Abdullah (bekas PM itu) adalah antara penaja penubuhan PAS pada tahun 1951. Salah satu sebab penubuhan tersebut ialah sebagai protes kepada UMNO yang membenarkan judi dan loteri. Bahkan UMNO waktu itu akhirnya menubuh 'Loteri Kebajikan Masyarakat'.

Tuan Haji Ahmad Fuad (akhirnya dilantik menjadi YDP Agung PAS), Haji Abdullah Fahim (asal dari Seberang Prai) dan Haji Fathullah Suhaimi (asal dari Singapura, mungkin yang menjadi idola kepada As-Shaari Muhammad Pengasas Darul Arqam) telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya perlaksanaan judi tersebut. Merekalah antara pengasas-pengasas penubuhan parti PAS .

Saya (Ibnu Hasyim) sendiri pernah melihat wajah Tuan Haji Ahmad Badawi secara berdepan. Sila rujuk tulisan ini..
"Salah seorang lagi anaknya bernama Hj Bilal.. Dia juga adalah seorang guru agama." Jelas Abdul Rashid lagi.

"Oh.. Hj Bilal ini saya masih ingat wajahnya." Kata saya. "Rumahnya di deretan kedai-kedai Cina di Bayan Lepas. Ayah saya (Hasyim bin Sulaiman) baik dengan beliau, sama-sama menjadi guru agama."

Saya juga masih ingat, mereka sama-sama ada motosikal jenis HONDA 5o cc. Ayah saya pernah membawa saya berziarah ke rumah Hj Bilal itu dengan menaiki motosikal tersebut. Rupa Hj Bilal putih seperti wajah orang Cina, juga hampir seperti rupa ayah saya. Mereka berdua berkawan rapat. Ayah saya belajar di pondok (pusat pengajian Islam) Kubang Semang, Seberang Perai. Hj Bilal, saya tidak tahu belajar di mana.

"Seorang lagi anak bongsu Hj Mansur bernama Murshid." Jelas Abdul Rashid.

"Oh. Ustaz Murshid, saya pernah menemuinya." saya memotong..

"Waktu saya jadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau dulu, saya pernah menginterbiew beliau mengenai sejarah kaum Cina Islam di Pulau Pinang. Dia membawa saya ke rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas. Melihat rumah ayahnya, yang menjadi markas agama Islam di zamannya. Ada kesan perigi tua waktu itu.

"Saya diberitahu oleh Ustaz Murshid waktu Hj Hasan (ayah Hj Mansur) datang dari Kwantung rambutnya masih bertocang panjang, macam pendekar-pendekar Kungfu dalam filem-filem purba Cina. Boleh jadi dia juga pandai 'silat kuntau', kerana biasanya masjid-masjid di negara Cina ada diajari pelajaran tersebut, hingga sekarang.

"Bahkan ada yang menyebutkan pernah wujud perkampungan Islam di Weldquay dan di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Tetapi yang jelas Hj Mansur anak Hj Hasan itu pernah mendirikan pusat pengajian Islam Pondok di Bayan Lepas, iaitu yang pertama di pulau, tidak termasuk seberang Prai. Kesan buktinya, iaitu terdapat sebuah surau berunsurkan Cina di Bayan Lepas. Dianjungnya terdapat lambang 'kipas Cina'. Dan difahamkan banyak rumah-rumah ulama Islam zaman itu berunsurkan bangunan-bangunan Cina lama." Saya jelaskan.

Sewaktu berlaku peristiwa 13 Mei 1969, abang saya yang belajar di Sekolah Agama Al-Mashhor, Tek Soon Street Pulau Pinang terkandas di bandar. Tetapi apabila akhirnya diberitahu, dia berada di rumah Hj Mansur itu, baru ayah saya beras lega dan selamat. Dalam buku saya bertajuk 'Konflik UMNO-PAS, Satu Penyelesian Menurut Islam' terbitan 1993, saya lampirkan banyak gambar-gembar, antaranya gambar Hj Mansur bersama Tunku Abdul Rahman diambil pada 25 Julai 1954, Pekan Balik Pulau pada 8.3.1885, Surau pusat pengajian pondok Bayan Lepas, perigi Cina di rumah Hj Mansur dan lain-lain.

Abdul Rashid menjelaskan lagi, "Semua mereka yang telah disebutkan itu sudah meninggal dunia keculi seorang yang lelaki, kini sedang menetap di Kuala Lumpur. Kalau nak korek lagi sejarahnya, kena cari dia..."

"Ada nama, alamat dan nombor telefonnya?" Saya tanya

"Nanti saya cuba dapatkan. Insya Allah." Dia akan cuba membantu.

Kesimpulannya: Saya cadangkan supaya pihak berwajib, samada pihak muzium, bahagian kajian sejarah, jabatan agama, unversiti, Kerajaan Negeri atau Pusat, NGO atau lain-lain hendaklah berusaha mngekalkan Surau Bayan Lepas itu sebagai bahan sejarah yang perlu jaga. Wallahu aklam. -Bersambung


Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
9 Mac, 2011. KL

Sebelum ini...

8 comments:

  1. Saya pun sokong 100 % !!!

    Perantau Selatan

    ReplyDelete
  2. Saya amat berminat dengan tulisan tuan ini dan mohon untuk dipautkan ke dalam blog saya.

    ReplyDelete
  3. Boleh dipautkan dalam blog tuan. T.kasih.

    ReplyDelete
  4. kurang tepat. isteri hj ahnad badawi (Kailan) dan haji bilal tu anak hj hasan kwantung, bukan anak hj mansor. seorang lagi anak hj hasan ialah haji ishak. antara anak hj. mansor yang saya kenal ialah sofiah dan murshid

    ReplyDelete
  5. T.kasih maklumat tuan. Ada masa kita bincang lagi..

    ReplyDelete
  6. Patut la ada kipas di anjung dia.. Rasanya ada tahun pada anjung tu.. Tq tuan

    ReplyDelete
  7. Surau lama byn lepas kt simpang empat ke..?mohon pencerahan..

    ReplyDelete