Sunday, March 06, 2011

Kisah Kari Biawak Di Merlimau. BN Menang, Tapi...

CATATAN SANTAI MERLIMAU 1

NONESEMALAM beberapa jam sebelum subuh sebuah kereta datang mengambil saya, ajak pergi ke PRK Merlimau Melaka. Mereka datang dari Pulau Pinang dan ingin juga singgah di Markas PAS PRK itu di Merlimau.

Sampai di kawasan kedai makan untuk sholat subuh di simpang highway Utara-Selatan ke Merlimau saya bertemu dengan beberapa kawan-kawan lama dari Kulim Kedah yang juga pergi bertugas di PRK Merlimau.

Di situ saya dapat cerita mengenai isu yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.
Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

NONESebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu. Maka hari ini, dikatakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India.. Mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'
"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!
"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (gambar sebelah, memegang telefon).

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung laporan Nanban itu. Bapa budak lelaki itu, hanya mahu dikenali sebagai Periamalai yang dihubungi berkata, kari ayam yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah kari biawak, ditangkap oleh anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya. Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur. Adakalanya hanya minum air sahaja.

Teringat saya sewaktu kecil-kecil dulu di kampung saya Balik Pulau, Pulau Pinang... kisah kaum India penangkap biawak profesional waktu itu. Mereka menangkap biawak pakai umpan berpancing, dijerat yang membidas. Kena jerat, maka tergantung dan kelupurlah biawak itu hidup-hidup. Bagaimana si penangkap profesional itu hendak melapah kulit biawak itu untuk dijual?

Dihiris lapah sedikit dipergelangan 4 kaki, bawah perut, leher, dan naik ke tengkok biawak itu yang masih kelupur. Mata kail tu dicakok ke kulit tengkok yang dilapah sedikit. Maka ditiarapkan semula biawak itu ke tanah. Digerpah dan ditepuk belakang biawak itu kuat-kuat sehingga biawak itu terkejut dan lari serta-merta.
Malangnya biawak yang pecut lari itu tertinggal kulitnya, tergantung di mata kail tadi. Bayangkan, apa rasanya isi bogel togel yang terpancut keluar dari sarung kulitnya? Betapa sakitnya, masya Allah!!

Itulah yang kita bimbangkan berlaku kepada pengundi-pengundi, apabila BN menang di Merlimau ini. Betapa pedihnya dan tersiksanya si bogel togel yang tertipu dengan umpan pancingan... Sekian.
Lihat pengumuman sebantar tadi...

KL, 6 Mac 11:Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Kerdau dan Merlimau dengan majoriti besar berbanding tiga tahun yang lalu

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
6Mac, 2011. KL

2 comments:

leekonyou said...

Sudah sampai masanya untuk BN-Buang N.ajis Buang Nuar bila PRU13 kelak dan Calon 3R Hasaanudin dikekalkan untuk dijadikan 4R lak..Alhamdulilah Tahniah Barisan Nasional.Jahanae jahanae Parti HamPas dan Parti Keletong Rakyat.

Anonymous said...

LEEKONYOU, ENGKAU NANTI MATI GALI KUBUR SENDIRI TANAM DIRI SENDIRI EH ? ENGKAU NANTI MATI TAKDE MALAIKAT TANYA AMALAN KAU EH ? KE ENGKAU NI KAPIR ?

CAKAP KAPIR MARAHHH....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails