KOTA BHARU, 21 Mac 11: Betul, Weblog Ibnu Hasyim setuju dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Judi.
Berikutan Naib ketuanya, Hisham Fauzi berkata, dasar yang telah dilaksanakan secara konsisten selama pemerintah PAS di Kelantan itu tenyata telah banyak membawa kebaikan, secara khususnya ke atas institusi keluarga.
Malah, katanya jika dilihat dengan kacamata agama, tindakan tersebut adalah merupakan suatu kewajipan sebenarnya. Justeru, katanya DPPNK menyeru kepada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Kelantan itu agar mendapatkan penjelasan sebenar kenapa dasar ini diperkenal dan dilaksanakan.
Tambahnya, manakala untuk lebih memperkemaskan perlaksanaan dasar itu, DPPNK menyokong penuh pendirian Datuk Menteri Besar yang telah bersetuju untuk merujuknya kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kelantan demi memastikan bahawa perlaksanaan dasar itu dilaksanakan mengikut lunas-lunas undang-undang berkaitan seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan lain-lain undang-undang kecil di samping tetap memelihara hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Selaras dengan itu juga, kami berharap agar usaha membenteras judi haram di negeri Kelantan diteruskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, demi meastikan kegiatan gejala sosial di negeri Kelantan dapat dikawal dan nama baik negeri Kelantan akan tetap dijaga,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook mengatakan, masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk oleh bukan Islam. Jadi, DAP hari ini menjelaskan aktiviti judi yang perlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang, kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Syabas DPPNK! dan Pemuda DAP Kebangsaan!(IH)
Sebelum ini...
1 comment:
bagus la, yang jadi bos dan ketua semua judi halal di Genting Highland semua orang Melayu Islam yang bergelar DATO UMNO sama lah juga bos Magnum dan seumpanya. Mengapa kita semua tak buka mata lagi?
Post a Comment