Monday, March 28, 2011

PAS Batu, Berdakwah Ke Kemboja Hingga Dpt Pingat Datuk

(Atas) Ibnu Hasyim sedang berceramah dan (bawah) bersama pimpinan PAS Batu dan beberapa lagi aktivis lain yang juga dianugerah pingat Datuk oleh PM Kemboja.

KL 28 Mac 11: Demi Islam, penyebaran dakwah serta membangunkan sistem pendidikan Islam yang universal dan global, PAS Kawasan Batu terus menggempur tidak kira batasan negara. Terus berdakwah sampai ke negara Kemboja. Mereka terus menyebarkan Al-Quran, membantu mendirikan masjid, pusat pendidikan dan ibadat korban di negara bukan Islam itu.

Demikian kata Dr Hj Mohd Hasyim Bloger Ibnu Hasyim, di Majlis 'Makan Malam & Pemasyuran National Contruction of Cambodia (gold Medal)' yang membawa gelaran Datuk oleh Perdana Menteri Cambodia Hun Sen, kepada 3 pemimpin PAS Batu, iaitu Datuk Suhaimi Abdul Rahman, Datuk Termizi Mat Jam dan Datuk Ismal (Timbalan YDP, Naib YDP & SU), pada Sabtu lalu.

Dr Hj Mohd yang banyak menulis tentang perjalanan dan lawatan ke negara Kemboja mengatakan, "Al-hamdulillah, umat Islam Kemboja yang serba kekurangan di dalam negara bukan Islam itu telah menarik perhatian PAS Kawasan Batu, dan aktiviti dakwah yang dijalaninya mendapat kerjasama baik dari kerajaan Kemboja, sehingga dengan tidak disangka-sangka dianugerahkan gelaran Datuk oleh Perdana Menterinya sendiri Hun Sen."

Sebelum itu Ahli parlimen Batu Tian Chua berucap mengatakan, "Gelaran Datuk ini lebih baik dari yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.." Kata beliau.

Menurut YDP Pas Kawasan Batu pula, "Kali ini PAS kawasan Batu dan team dakwahnya akan menggunakan strategi baru, memberi bantuan 'bukan lagi memberi ikan tetapi memberi pancing' kepada umat Islam di sana."

"Sudah mencecah jutaan RM dihamburkan demi pembangunan dan kegiatan sosial umat Islam di sana.." Jelas Datuk Suhaimi Abdul Rahman, Timbalan YDP yang turut menerima anugerah tersebut. (oleh Megat Ali Megat Alang)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Lelucu said...

Alhamdulillah IBNU HASYIM anda memang terbai.
(walaupun nampak tua tapi blog dan isi kansungan anda memang menarik)
tahniah dan syabas.
saya amat cemburu dengan Tuan
Pahala, kebaikan, penyebaran ilmu agama, isu semasa, pergolakan dan ssebagainya saya tak tau bagaimana bahagianya Tuan di akhirat kelak kerana kami semua berasa insaf, takut, takjub pada ALLAH dan Rasul junjungan kita dari blog ni//

Ibnu Hasyim said...

T.KASIH atas doa tuan. alhamdulillah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails