"Dalam suasana politik yang sedang mengeploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana berdepan dengan pilihan raya, memperkenal dan memperjelaskan Islam kepada bukan Islam, tiba-tiba keluar fatwa Mufti Perak 'menari senaman poco-poco diharamkan'. Mengapa? "
Kata Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, apabila ditanya pandangannya oleh Weblog Ibnu Hasyim mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Dilaporkan, Mufti itu berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
"Apa ini?" Tanya Dr Mujahid, juga Ahli Parlimen Parlimen Parit Buntar yang terpaksa meninggalkan sidang pulang segera melihat kawasannya, kerana berlaku banjir. "Apakah seolah-olah ada yang cuba mengalihkan penjelasan isu fitnah terhadap politik pembangkang kepada isu-isu begini?"
"Sepatutnya Mufti perlu pandai memilih isu-isu yang lebih penting, sesuai dengan keperluan, masa dan suasana. Isu memfitnah zina oleh tokoh-tokoh politik terang-tarang, sepatutnya ditangani oleh Mufti segera sebelum merebak... dan lain-lain isu lagi.
"Sedangkan isu senaman poco-poco, hanya senaman kesihatan. Mengapa perlu dikaitkan dengan kepercayaan dan aqidah yang bukan menjadi realiti kepercayaan pengamal poco-poco itu?"
Kata Dr Mujahid, yang sebelumnya sewaktu melawat kawasan, ditemui oleh seorang Cina yang menunjukkan muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina sambil bertanya, "Betul ke Islam tak bagi menari?"
Kata Dr Mujahid lagi, "Ini suatu gambaran yang salah atas nama Islam. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam. Gambaran-gambaran begini akan mengganggu dan membantutkan perjuangan PAS."
Dr Mujahid adalah Pengerusi Jaringan Dailog Antara Agama Bahagian Asia Tenggara yang ditubuhkan pada Januari lalu dalam perhimpunan 'Forum Kerukunan Umat Beragama', di Medan Indonesia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah fatwa poco-poco ini suatu perancangan pemimpin-pemimpin politik pemerintah BN? (IH)
Lihat sebelum ini...
- Poco-poco: Mufti Perak Tersepit Dg Kenyataan B/M.P...
- PM Tak Sedarkah, Tariannya Menyalahi Aqidah?
- Tarian Poco-poco Diharamkan Kerana Aqidah Kristian...
- Poco-poco, Raba-raba, Tidak Akan Selesai Selagi...
- Tarian Poco-poco PLKN... Sila Beri Komen.
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
No comments:
Post a Comment