Friday, March 25, 2011

Rahim Thamby: Daki Di Jam Tangan Bukti DNA Anwar?

rahim thamby chik at bukit aman 240311 02

KL 25 Mac 11: Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, kadang-kadang daki yang lekat di jam tangan pun boleh jadi bukti DNA.

"Kadang-kadang daki kita, pun boleh jadi bukti DNA," katanya. Dia juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan. Katanya semasa menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 se malami.

Katanya, dia juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu. Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai. "Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.

Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu. Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.


"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Sehari sebelum itu Rahim juga mengakui Datuk T sebenarnya bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik, 'T ini trio, three' termasuk dirinya sendaii di samping Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim bendahari PERKASA. (IH)

Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Tambi ni manusia ke apa? ada ke dia ni org ISLAM atau apa? mengata org berbuat jahat tapi tak pernah sedar diri.hingga yg tak berdosa yg dipenjara ..entah apa kena dgn mahkluk ni..dia fikir dia hebat kah dgn gelaran Tan tintun yg depan nama mereka2 ini..
rakyat yg bodoh tak punya iman dan akal saja yg dpt menerima fitnah makhluk2 ini..jgn lupa ALLAH pasti akan membalas semua kebangsatan kamu ini dgn sehebat hebat BALAsan nanti tunggu dan lihat saja nanti tak lama...janji ALLAH pasti Amiin.

Anonymous said...

siapa trio especially rahim tc ni yg bercakap tentang MORAL..saya kira moral DSAI lebih baik dari bangsat2 ni termasuk gerobolan yg lain
Rakyat 1amnoapco saya yg bodoh yg tidak dpt menilai semua kedurjanaan ini.
Adakah kita mahu ikut serta dlm agenda syaitan2 yg bertopengkan manusia malah mengakui seorng ISLAM dan sanggup memakan daging sdranya sendiri klu bukan manuisa siapa ke mereka2 ini? fikir2kan
Mudah2an kita mendpt petunjuk dari ALLAH SWT dari bencana fitnah keatas sdra ISLAM kita ni, secepatnya ALLAH hancurkan musuh2 ini secepat,seburok,sehina selayaknya..ALLAHU AKBAR YA JALJALALI WAL IKRAM..

Anonymous said...

KALAU BETUL FITNAH BERDOSA BESARLAH THAMBY CHIK,KALAU BETUL RAKAMAN TU ,BELIAU TELAH BERJAYA MEMBAWA MENUNJUKKAN AKHLAK SEBENAR PELAKU,TAPI CARA PENDEDAHAN BELIAU JELAS MENGAIBKAN DAN BERLAWANAN DENGAN AJARAN AGAMA,SEBAGAI RAKYAT MARHAEN ,JANGANLAH KITA TERPEDAYA OLEH DENDAM SESAMA MEREKA....DAN JANGANLAH KITA MENGHUKUM SEBELUM KESAHIHAN TERBUKTI...ALLAH JUGA AKAN MENGHUKUM KITA JIKA KITA BERSALAH DAN MEMFITNAH ORANG...SEKADAR PANDANGAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails