KL 2 Mac 11: Rakyat Macam peminta sedekah. Kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis seperti dilaporkan Malaysiakini.
Menurutnya, seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
Kerana, istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. "Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka." Jelas beliau.
Beberapa perkara
Maka di sini disebutkan beberapa perkara, menurut beliau lagi,
"Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
"Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
"Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakya, rosakkan harta awam.
"Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
"Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
"Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah & orang politik lupa diri.
"Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
"Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
"Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
Tegas Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (IH)
1 comment:
Salam Dr,
malang sebenarnya bagi kita terutama orang Melayu kerana tidak memahami sistem pemerintahan yang betul. Ahli politik pula mengambil kesempatan dengan memperbodohkan orang ramai yang masih keliru dan tidak tahu. Yang paling menyedihkan ialah bila ada antara kita yang ingin menggunakan Islam yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah untuk cara pemerintahan di Malaysia, ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan rakyat. Pemimpin sedia ada sudah tentulah menolak kerana tidak nampak laba kepada mereka.Dan yang paling-paling-paling-paling menyedihkan bila ada golongan Ustaz yang berilmu dan memahami tetapi tidak berani menegur. Rupanya bukan sahaja orang awam malah orang yang dipanggil Ustaz dan berilmu pun masih takutkan manusia dari Allah SWT. Alangkah indahnya Malaysia jika semua Ustaz berpendirian dan berpandangan seperti DR. Takutilah azab Allah SWT. Macam mana ya DR nak ubah pemikiran majoriti mereka yang masih leka ini?????
Post a Comment