Wednesday, March 30, 2011

Tarian Poco-poco Diharamkan Kerana Aqidah Kristian...


TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan

IPOH 30 Mac 11: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian poco-poco telah diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan atau aqidah agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh, oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Tarian poco-poco amat popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi media semalam. (IH)

Lanjutnya....

No comments:

Post a Comment