HALAMAN HIBURAN
KL 19 Apr 11: Filem berkisar mengenai ajaran sesat 'Abu Ya' yang sedang diusahaterbitkan, berbau seks? Filem yang menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya, selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.
Dikatakan filem itu mengandungi elemen wanita seksi dan juga kata bual berunsur seks yang ditekankan untuk menarik orang ramai menonton filem tersebut di pawagam. Pengarahnya Imran Ismail berkata, filem berkenaan bukan bermaksud untuk mengeksploitasi kaum wanita dengan aksi tersebut sebaliknya ia hanyalah pelengkap kepada kata bual yang ditampilkan.
“Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan.
"Malah kata-kata yang diungkapkan lebih merujuk kepada kepentingan hubungan suami-isteri dalam mencari kepuasan seks mereka,” katanya media selepas pratonton filem itu untuk para pengedar di MBO Manjalara, Kepong di sini, Selasa.
Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.
Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka. Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.
“Sejak kebelakangan ini terlalu banyak filem-filem seram ditayangkan di pawagam sehinggalah saya mendapat ilham menghasilkan Abu Ya yang sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem lain di pasaran,” ujarnya yang turut menafilan filem itu mempunyai kaitan dengan ajaran sesat di negara ini.
Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu. Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem ini adalah baik melebarkan skop hiburan, yang bukan hanya tertumpu kepada kisah-kisah cinta sahaja. Juga memaparkan realiti kehidupan masyarakat. Apakah ianya ditujukan kepada pertubuhan dakwah Darul Arqam yang dituduh ajarsan sesat satu masa dulu? (IH)
Ibnu Hasyim (kanan) bersama Syed Jaya seorang penyanyi rock terkenal di Aceh sebelum tsunami dalam suatu majlis pertemuan di pinggir laut Lhoksuemawi, malam tadi. Beliau pernah menerbitkan 8 album nyanyiannya. Kini sedang berbincang dengan Ibnu Hasyim, mengenai arah baru rentak rock dalam suasana negara Aceh masa kini.
Lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim terkini..
19 comments:
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang terlibat dalam filem-filem ini. Abuya adalah pemimpin yang dijanjikan (Pemuda bani Tamim) untuk memperjuangkan semula kegemilangan Islam kali-2 bersama Imam Mahdi. Sembahyangnya sempurna ibarat bayangan Rasul. Karamahnya tidak terfikir akal. Cuma orang-orang yang jahil sahaja yang mampu menghasilkan filem berunsur fitnah tersebut. Apakah mereka tidak risau menghasilkan filem fitnah ke atas wali Allah? Sedangkan Allah menjanjikan perlindungan penuh kepada orang-orang yang bertaqwa kepadaNya dan azab dunia dan neraka kepada sesiapa yang menfitnah Mukmin yang memegang tali-taliNya.
mindaashaari : Sudah2 la tu .. Abuya yg anda sibuk perjuangkan tu pun dah meninggal .. Siapa pulak yg bagi pangkat pada 'Abuya' tu yg dia Wali Allah? Setahu saya, kalau Wali Allah, dia tak heboh2 pada org ...
Amat perlu baginya untuk declare dirinya ialah seorang wali. Ini supaya orang ramai dapat mengenalinya..Berlainan dengan masyrakat salafusoleh yang lalu, terdapat banyak wali-wali Allah di sesuatu kawasan contohnya di Makkah dan Madinah, maka menjadi kebiasaan bagi mereka tidak declare dirinya. Senang cerita..Perlukah seseorang itu menghebohkan dirinya mempunyai sebuah perigi di rumah sedangkan rumah-rumah orang lain juga ada? Abuya menghebohkan dirinya ialah wali agar orang ramai dapat memanfaatkan karamahnya dan mendapat barakah daripadanya. Taraf kewaliaan mempunyai beberapa darjat semakin tinggi darjatnya semakin berat tugasnya kepada masyarakat. Kalau tidak menunjukan diri di tengah masyarakat bagaimana hendak menjalankan tugas berat itu? Pangkat kewaliaan hanya diberikan oleh ALLAH swt kepada orang-orang yang beriman,IKHLAS dan berTAQWA kepadaNya.
terjumpa post yang menarik untuk dishare dengan pembaca blog ibnuhasyim sekalian... kalau hendak tahu dari mana datangnya fitnah Arqam kaki perempuan, sila baca artikel ini di http://mgrnk.tripod.com/penyakit.html
Mindaashaari : Ya, pangkat kewalian Allah yg bagi, anda jumpa Allah ke yg anda tau Ashaari tu wali? Kalau ya pun dia Waliyullah, apa penting sangat ke diBESAR2kan? Mana lagi penting, TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH ATAU DAKWAAN semata mata? Kalaupun Abuya bukan Waliyullah, apakah itu maknanya dakwah beliau kita tak payah ikut? Ada title Wali Allah baru kena ikut? Artis tak boleh la berdakwah? Ahli politik zuhud mcm Tok Guru Nik Aziz tak payah berdakwah? Berapa ramai dlm dunia moden ni agaknya yg jadik Waliyullah (Allah saja yg tahu) tapi tak pernah pun golongan2 ni bukak rahsia diorang ni Waliyullah? Jangan TAKSUB buta .. Nanti malu diri sendiri .. By the way .. Apa jadik jemaah Arqam skrg ye ..? Tak dgr cerita pun??
Setiap orang muslim boleh berdakwah. Tetapi berkesankah cara berdakwah yang dilakonkan oleh para artis tersebut dalam menunjukan bagaimana Islam yang diamalkan pada zaman salafusoleh dahulu? Memang benar Tuan Nik Aziz adalah orang yang soleh tetapi sudah berpuluh tahun dia berjuang tetapi orang yang bangun subuh di Kelantan untuk sembahyang semakin merosot jumlahnya.Perlu saudara ketahui apakah Islam mampu bertapak dengan sistem demokrasi ciptaan Yahudi musuh Islam. Tiada unsur keTuhanan dalam sistem demokrasi. Cara yang digunakan Abuya adalah memenangi hati rakyat bukan menang undi/kerusi. Sebab itu dia tidak memilih politik Yahudi. Saya tidak menyaksikan perlantikan tersebut tetapi saya melihat seorang yang cantik akhlaknya,peribadinya, begitu sempurna amalan Islamnya, hebat karamahnya. Sehinggakan ketua sami Buddha di Thailand tertawan dan memeluk Islam kerana budi pekerti Abuya. Bukankah Imam Ghazali pernah menyatakan dalam bukunya Jalan Ahli Ibadah: hasil sembahyang yang sempurna menghasilkan akhlak yang baik dan dijadikan contoh. Begitu juga dengan bisnesnya, walaupun dihalang oleh JAKIM tetapi bisnenya semakin mantap. Buktinya sampai hari bisnes mereka berjalan lancar cuma di Malaysia sajanya diganggu tetapi di luar negara bisnesnya semakin maju. Poligami dapat diamalkan oleh pengikut Global Ikhwan dengan baiknya bukan orang tempatan sahaja berkhawin dengan ahli keluarganya. Bukankah kita rugi jika tidak mengikut atau cuba memahami orang sepertinya yang dapat menjayakan Islam dengan baiknya? Bukankah lebih baik kita mengikut dakwah seseorang yang berjaya mengamalkannya daripada orang yang masih lagi mengata-gata kebaikan Islam? Antara kejayaan Abuya dalam mengamalkan Islam:
1. memperkenalkan pemakaian purdah dan tudung labuh dikalangan umat Islam pada awal 70-an. Diguna sehingga hari ini oleh kerajaan.
2. memperkenalkan sistem pendidikan Islam sehingga penghuni Kota Damansara (orang-orang kaya)gembira melihat anak mereka yang soleh.
3. memperkenal sistem berniaga Islam. Berjaya bertapak di Indonesia,Filipina,Thailand,Brunei,Amerika,Eropah, Asia Barat, Khurasan dan China.
4. Ramai ahli-ahli politik tertawan dengan cara mereka berdakwah. Malah Tun Mahathir,Anwar,Ghafar Baba pernah berkawan dan meminta nasihatnya.
5. mengubah banyak haluan politik Malaysia pada tahun 80 dan 90 an.
6. melahirkan anak murid yang soleh dan berpangkat tinggi.Mereka ini telah berada hampir seluruh dunia dalam menanti saat ketibaan Imam Mahdi.Dalam masa yang sama, mereka mengubah sistem Yahudi secara halus ke arah sistem ISlam yang syumul.
dan banyak lagi jasanya.
Mengenai pengistiharan dirinya sebagai putera Bani Tamim, beliau tidak pernah menjangka bahawa dirinya ialah putra tersebut. Laman ini mengisahkan perjumpaannya dengan Wali-wali Allah yang lain yang diberi ilmu laduni mengistiharkan bahawa Abuya adalah pemimpin tersebut. Ini laman penjelasannya-->
http://abuyaattamimi.wordpress.com/kawan-kawan-abuya/
--<
Sememangnya manusia itu suka memusuhi dengan perkara yang ia tidak fahami. Oleh itu gunakan minda ini untuk mendapatkan maklumat yang betul atau kaji sendiri kebenarannya seperti Ann Wan Seng. Jangan ikut berita atau cakap mulut orang tanpa siasatan. minta dari Allah tunjukkan mana yang betul dan mana yang sesat. Selagi seseorang itu mengamalkan rukun Islamnya, mengimani rukun Imannya selagi itu ia tidak sesat oleh Imam Syafi'e. Mengenai berita AL ARQAM, identitinya kini dikenali GLOBAL IKHWAN. Beritannya ada dikalangan ahlinya tetapi untuk umum sudah banyak website ditutup kerajaan.Kalau ada pun yang buruk-buruk ditayangkan, maklumlah kerajaan berkuasa dalam menapis media.
Saya tak nafikan ada sikit kelebihan Ustaz Ashaari, tapi tak payah la nak DEWA2kan beliau, sampai seolah olah nak ceritakan TANAH YANG DIA PIJAK PUN AKAN AKUI KEWALIAN dia, jangan TAKSUB la kawan, itu saja.. U nak kira org Kelantan tak solat Subuh itu satu HUJAH YG AMAT BODOH DAN LEMAH! Saya sendiri ada kawan bekas jemaah Arqam yg tak reti baca Quran .. Jemaah Arqam ke ajar mcm tu?? Kewalian Ashaari tak boleh cover semua jemaah pandai celik Quran, tafsir Hadith? Mintak dgn Allah 'Ya Allah, engkau jadikan semuas jemaah Arqam celik Alquran & Hadith' Kan senang? If you say yes, then you're BLOODY STUPID MY FRIEND!!!!! .. JANGAN TAKSUBLAH .. Tiap2 manusia dlm dunia Allah bagi kelebihan masing2 ..
Bertenang sahabat ibnu hasyim. Just use your mother tongue to comment. I can't see any point of your comment. Are you scared of obsess? If you read and understand it u won't comment this word "U nak kira org Kelantan tak solat Subuh itu satu HUJAH YG AMAT BODOH DAN LEMAH!". Apa gunanya ada kerajaan negeri tetapi benda yang asas dalam sembahyang tak dapat dirikan (sembahyang)? Belum lagi sentuh bab fardhu kifayah, bab sunat yang perlu dilakukan seorang Muslim. <> ALLAH MAHA BERKUASA kalau ia hendak jadikan sesuatu perkara DIA hanya sebut "JADI" maka jadilah. Ungkapan ayat itu hanya menunjukan keyakinan saudara terhadap ALLAH MAHA ESA.
Isu Dewakan Allahyarham Ust Ashaari:
mungkin ikut versi kefahaman saudara taksub==mendewakan. Kalau itu kefahaman saudara, maka banyak artis-artis Hollywood, Bollywood, you name it brother any "wood" gang didewakan. Lihat belia-belia Melayu gila korean, gila hindustan, gila Hannah montana, gila Justin mcm2 dewa dia agungkan. Tetapi dia namakan IDOLA bukab DEWA benda yang sama kawan. Abuya cuma dijadikan idola bukan dewa. Kalau seseorang itu didewakan dia akan disembah macam Buddha. Sudah hampir 4 dekad berlalu pernahkah saudara melihat patung-patung Abuya dibuat untuk sembahan? Adakah JAKIM/P.ISLAM dapat collect arca-arca Abuya. Kalau ada sudah jadi topik utama akhbar UTUSAN, B.Harian pd tahun 1994. Kalau dipilih oleh orang yang bijak sudah tentu mengidolakan Abuya kerana beliau mendekatkan kita kepada jalan yang lurus iaitu mendekatkan diri kepada ALLAH bukannya diri beliau. Mendewakan artis-artis itu hanyalah dapat sebab kepada penyakit sosial yang dihadapi belia hari ini.Orang-orang Yahudi gembira kerana protokol-protokol 46nya berjaya dilansungkan. Bukankah sahabat2 Rasul s.a.w juga taksub dengan beliau; Tentu saudara lebih arif tentang kisah Rasul s.a.w dan para sahabat.Tetapi Abuya itu cumalah orang yang kuat amal Islamnya. Dia dapat Menzahirkan Islam bukan hanya mengatakan Islam.
Sememangnya manusia itu suka memusuhi dengan perkara yang ia tidak fahami. Oleh itu gunakan minda ini untuk mendapatkan maklumat yang betul atau kaji sendiri kebenarannya.
Salahkah taksub dengan orang yang soleh? Mungkin saudara terkilan dengan comment ke atas PAS tadi. minta maaf.
T.kasih. Saya meneliti semua perbincangan.
The basic is clear Mindaashaari, Jamaah Arqam telah didoktrin untuk mendewa-dewakan Abuya Ashaari Muhammad, hingga ke tahap buat hadith mengenai 'Pemuda Bani Tamim' .. Asas saya senang, kalaupun dia Waliyullah, dia 'antara Waliyullah2 yg Allah turunkan ke dunia' masing2 ada kelebihan, kekurangan, tapi apa jadik pada Jemaah Arqam? Sampaikan yaqazah Ashaari pun percaya 200%! Inilah BEBAL namanya, taksub buta! Kerajaan negeri Kelantan (Ketuanya sudah tentu Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri) ada anjurkan bulan solat .. Apakah itu bukan amal makruf namanya? Saya tak suka pada ketaksuban, itu sahaja, apakah Wali Wali Allah lain tidak ada kelebihan? Kenapa mesti diBESAR BESARkan sangat karamah As Syeikh Abuya anda? Satu persoalan, KALAU BENAR Abuya Ashaari Wali, beliau sendiri kalau masih hidup skrg tak mau perkara ini diBESAR-BESARKAN (Sifat sebenar Wali Allah), tapi kalau dia masih hidup, dan dia TAHU ahli2jemaah dia memBESAR-BESARkan isu 'kewalian' dia dan dia MENDIAMKAN atau MENGGALAKKAN, saya rasa lebih layak dia dipanggil Wali Syaitan sbb mahukan penghormatan duniawi .. Sebab? Manusia biasa yg ikhlas pun dia tak suka utk terima pujian2 dari manusia, cukuplah Allah yg tahu.. Pernah dgr cerita pengikut mazhab (Zaman awal kemunculan mazhab) mereka reka 'hadith' mengenai kelebihan imam masing2? Tepuk dada, tanya aqidah anda?? Sbb saya percaya, itulah yang anda sedang buat sekarang, sebarkan PROPAGANDA berlebih-lebihan tentang kelebihan 'bekas imam jemaah anda' Apa pula kata Islam mengenai sifat berlebih-lebihan? Anda bukak Al Quran & As Sunnah, anda dpt carik jawapannya .. Oh ye, emak saya pada tahun 1989 ada beli buku Perang Teluk, Islam Akan Kembali Gemilang karangan Abuya anda, di dalam buku itu ada diterangkan mengenai turunnya al Imam Mahdi 5-7tahun selepas Perang Teluk, tapi 'ramalan' Abuya anda tidak tepat, (Skrg hampir 20 thn pasca Perang Teluk) Waliyullah selalunya punya firasat yg tepat & tajam .. (Macam Almarhum Tok Kenali ramalkan tentera Jepun serang Tanah Melayu) Wallahualam ...
-Terima kasih blogger Ibnu Hasyim kerana benarkan komen2 kami-
==*T.Kasih IbnuHasyim*==
:"buat hadith":
Hadith kedatangan Pemuda Bani Tamim adalah benar dan sahih, sudahkah saudara habis membaca semua hadith-hadith sahih? Sedangkan orang Yahudi (CIA,Freemason,Illuminati)sentiasa mengintip pergerakan Islam seluruh dunia untuk mengetahui kedatangan beliau. Tidakah saudara berasa hairan penulis-penulis kita
(muslim) gemar sekali mencungkil perancangan dajjal dan freemason. Tetapi kurang dalam bagaimana menyambut kedatangan pemimpin yang dijanjikan Rasullulah saw. Apakah Imam Mahdi berjuang seorang diri menghapuskan sistem Yahudi dan membangunkan Kegemilangan Islam kali kedua? mesti beliau perlukan sahabat-sahabat yang soleh dan sempurna amalan Islamnya. Kalaulah si Yahudi ada perancangan rapi yang dirancang sejak tahun 1776 untuk kuasai dunia, apatah lagi kebangkitan Islam yang dirancang Allah.Sudah tentu ALLAH telah memilih orang pilihanNYA dari keturunan Rasullulah saw. 313 pemuda soleh akan bangkit membantu Imam Mahdi. Apakah 313 pemuda soleh itu lahir dari rahim ibu sahaja dah faham selok-belok agamanya? Sudah tentu ada pendidik yang mendidik mereka. Abuya mengambil kesempatan di dunia ini untuk membina markas-markas Imam Mahdi (sehingga wartawan kita tidak faham lalu tulis berita kata markas 'tentera' Imam Mahdi, Mahathir melenting ingat militan) sebelum kedatangan beliau. Kalau kedatangan Yg Dipertuan Agong disambut mesra apatah lagi Imam Mahdi. Apakah saudara sendiri tidak percaya kedatangan beliau yang semakin dekat ini? Abuya sendiri tidak tahu beliau sendiri adalah pemuda Bani Tamim yang dijanjikan. Bacalah laman blog ini yang pernah saya postkan
-->
http://abuyaattamimi.wordpress.com/kawan-kawan-abuya/
--<
:"Taksub":
Pernahkah saudara berjumpa/ bersemuka dengan Abuya atau berbual-bual dengannya? Atau pernahkah saudara melawat perkampungannya sebelum 1994 atau di Rawang Banda county Homes? Selama ini dari pihak mana saudara paling banyak mendapat info mengenai Abuya dan pengikutnya? Media kerajaan? Cakap-cakap orang?
memang setiap wali Allah ada kelebihan yang tidak dinafikan yang boleh kita pelajari dari mereka. Cuma perjuangan Abuya lebih menonjol dan menarik perhatian orang ramai. Hati setiap anak-anak Adam mengidamkan seorang pemimpin yang dapat membangkitkan semula ketamadunan Islam yang tulen.
mungkin saudara juga tidak bersetuju bagaimana boleh Islam agama Allah diperjuangkan melalui saluran yang kotor lagi busuk yakni Sistem Demokrasi sebagai method perjuangan. Peliknya orang yang cuba menjayakan cara yang betul dituduh sesat. Yang tidak masuk akal ialah orang Muslim sendiri kata dia sesat. Ulama keluarkan fatwa kata dia sesat. Berjoget, bedangdut, dirikan pusat maksiat di Genting, Damansara, Langkawi, Penang,KK, Jb, Rancangan TV maksiat sana sini di KL bukan sesat? Makanan ciptaan Yahudi seperti KFC, MCDonald, Pizza, Coca-cola, Pepsi dll yang tidak diketahui resepinya dihalalkan JAKIM. Masuk akal?
Kalau penulis konspirasi kita begitu obsess dan percaya Yahudi mengamalkan tahyul,sihir, Kabalah berdialog dengan Iblis. Salahkah kalau seorang mukmin yang benar amalan Islamnya diberi rezeki beryakazah b'jumpa dengan Rasullulah saw? Tidak logik? Cuma orang kafir berfahaman Atheism kata tidak logik atau orang yang jahil.
:"Ramalan":
Bagaimana pula ramalan yang terjadi pada Dato Seri Anwar dan Dr Mahathir? kebetulan? Yang tidak terjadi dihebohkan. Yang terjadi didiamkan oleh media.
:"Kes pengikut mengagungkan Abuya:"
Kalau saudara mengatakan pengikutnya didoktrin oleh Abuya.
Hujah yang sama boleh juga dgunakan, orang Melayu hari ini didoktrin Yahudi.
Pengikut Abuya terlalu hormat terhadap beliau. Meraka taat kepada arahan beliau. Ada yang setia sehingga ISA pun tidak mereka takut. Masyrakat hari ini tidak pernah dapat merasai kepimpinan yang sebenar. Dr Mahathir? Orang hormat dan taat semasa beliau b'kuasa tetapi tidak setia kerana Dr Mahathir tidak setia dalam menjalankan tanggungjawab hamba ALLAH. bukti? saudara lebih arif. Abuya setia kepada perintah ALLAH sebab itu ALLAH Maha Mulia memuliakannya di tengah2 masyrakat. (Setiap wali diberikan kemuliaan yang berlainan.) Pemimpin lain cemburu, pengikutnya tiada yang setia. Ulama JAKIM rasa pelik apa punya setia ini kerana tidak pernah dilihat sebelum ini. Kemuncaknya tiba apbila Mahathir terasa diancam(1994), fatwa dikeluarkan mengatakan Al Arqam sesat, pengikutnya mendewakan Abuya. Poligami diamalkan dengan baik dikatakan Abuya gila seks(Dr Mahathir suka menyerang musuhnya dengan isu seks,jadi ini peluang baik). Markas Imam Mahdi dikatakan militan, Abuya reka hadith, Aurad Muhamadiah Sesat padahal ia hanylah bacaan ayat-ayat AlQuran yang asli dan pujian kepada Rasullulah saw . Yakazah palsu, ada diantara pengikut Al Arqam yang tidak setia menyebarka berita palsu( Zabidi, Halim Abbas dll padahal peribadi mereka semasa di Al Arqam tidak perlu disebut disini keburukan meraka).
:"Gila pujian":
Kalau orang itu baik, akhlaknya terpuji, maka orang ramai pujilah. Bolehkah kita kawal mulut orang lain 24jam?Meraka mempunyai sebab untuk memuji. Tetapi kalau orang itu zalim dengan ALLAH, dia tetap dapat pujian depan orang ramai. Pujian dengan Kebencian. Sebab itu orang politik, apabila pencen orang TAK PANDANG dia lagi jangan harapkan pujian. Contoh yang mudah, kita ambil penyanyi barat Michael Jackson semua orang t'masuk yang muda, tua seluruh dunia kenal. Suara dia bagus semua orang suka, terhibur lalu diberi pujian. Ini Pujian tulen sebab suara bagus.Ramai jadikan dia Idola. Itu memang tujuan dia bernyayi nak famous. Cuba kita ambil penyanyi kita Awie, cuma orang M'sia kenal dan sebilangan orang Asia je kenal. Abuya memperjuangkan Islam, akhlaknya cantik, bahasanya lembut, amalan Islamnya hampir sempurna. Orang jatuh cinta akan dia, yang muslim, yang kafir pun turut suka. Maka orang pun pujilah dia.Takkan beliau nak adakan sidang akhbar suruh orang awam jangan puji beliau.logik kah buat mcm tu? JAKIM rasa dia dah jadi dewa padahal bukan. Minda cetek,jiwa sempit, mudah rasa cemburu, cemburu bukan nak majukan diri tetapi jadi hasad lama-lama jadi dengki. Dapatlah title pHD. Sebarkan fatwa yang bukan2. Cuma di M'sia Global Ikhwan diharamkan ulama negara lain tidak dapat mencari kesesatan jemaah ini.
Saya disini cuma ingin memberi gambaran baik terhadap tanggapan buruk saudara terhadap Abuya dan jemaahnya. Apabila seseorang itu tidak mengenali secara personal individu terbabit, mereka lebih mudah memusuhi apabila terdengar cakap-cakap orang, media ampu kerajaan dan anti Islam. Maka minda meraka sudah diset
(didoktrin) untuk mendengar keburukan berbanding kebaikan. Walaupun kebenaran telah ada didepan mata tetapi masih menafikannya. Sebab minda cuma mahu dengar yang buruk sahaja. Sebab itu wajib bagi setiap muslim berdakwah supaya yang kafir dapat memeluk semula agama ini sepertimana roh setiap anak Adam meyakini ke-Esaan Allah.
Kalau betul Abuya Waliyullah yg tahan diuji, kenapa selepas ditahan ISA beliau 'mengaku' apa yg dipegangnya salah? Kenapa tak istiqamah dgn pegangan beliau? Mcm Imam Ahmad ibnu Hanbal yg tetap pertahankan Al Quran itu kalam, bukan makhluk?
Kalau betul Abuya akan merintis jalan kepada Imam Mahdi, kenapa beliau tak dipanjangkan umur sampai Imam Mahdi turun ke dunia? Sefaham saya, kalau seorang tu ditugaskan utk 'menyambung' khidmat seseorang, yg ditunggu tu mesti datang dulu baru dia hand over tugas, mana boleh 'pencen' lepas tu tunggu je pengganti sampai berbulan bulan, bertahun tahun takde org ganti?
Taubatlah Mindaashaari, taksub anda pada bekas imam jemaah anda terlalu kuat, Islam tak ajar ketaksuban mcm tu, saya copy pastekan semula apa yg anda dah taip mengenai 'Abuya' anda ..
1) Sembahyangnya sempurna ibarat bayangan Rasul.
20/4/2011 2125 malam
2) Akan kembali ke seberang sini untuk meneruskan kepemimpinan bertaraf daulah. Akan menyerahkan kuasa daulah kepada Imam Mahdi. PBT adalah wazir (menteri) utama kepada Imam Mahdi yang mempunyai 7 orang wazir. PBT akan berjuang lagi di era imperium bersama IM dan akhirnya dapat mengembalikan Baitul Maqdis kepada Islam. Disanalah Abuya akan betul-betul mati dan dikuburkan di Masjidil Aqsa di Palestina >> Ya Allah, kalau mcm tu tak payah la dia meninggal sampai 2 kali, sekali cukup lah, AQIDAH sapa anda ikut?
Bagi saya, fakta2 dlm blog Abuyaattamimi tu bercampur-campur doktrinnya, dengan doktrin incarnation (Penjelmaan semula ala Hindu/Buddha), doktrin Imamiah Syiah, cukup lah, saya tak mahu lagi berdebat dgn anda, sbb anda tetap tegakkan benang yg basah ..
Saya percaya pada kedatangan Imam Mahdi, saya percaya turunnya semula Nabi Isa A.S, tapi saya tetap tak percaya Abuya Ashaari Muhammad yg akan menjadi 'pelakon utama' kedatangan Almahdi .. Wallahualam ..
Tujuan saya berdebat adalah memberi penjelasan. Saya juga ingin mengundur diri dari perbincangan ini.Saya amat tidak bersetuju dengan filem yang dibuat untuk memburukan imej seseorang.
Amatlah sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Sebab itu saya banyak memberi gambaran. Biar sahaja masa membuktikan kebenaran yang nyata.Allah Maha Mengetahui.
Minta maaf sekiranya terguris hati saudara.
salam
saya juga tak bersetuju membuat filem untuk menghina abuya kena belum tentu abuya tu salah atau tidak. hanya allah saja yg mengetahui.tapi kalau sesorang itu mengaku dirinya itu wali allah maka telah menyimpang dari islam.karamah seseorang adalah kurniaan dari allah.tapi wali allah adalah panggilan dari manusia kepada seseorang yg dianggap mempunyai ilmu agama yg tinggi dan mempunyai seseatu kelebihan yang dikurniakan oleh allah.
xkan asal warak dan pelik sket,leh mengaku dgn sng sebagai wali..ahli2 jemaah arab byk yg warak yg kita knl xgelar pun drg wali..drg kerap leh kata hari2 dlm masjid rasul2..org kalau hebat bkn mudah nk mengaku kehebatan keganjilan dia pd org..nabi dulu lain..nk berdakwah pun kena cara yg betul dan halus..rasul menyampaikan apa diperintah Allah, nabi ilmu cuma utk dirinya saja, wali plk?semua boleh berdakwah cuma ada peringkat2 dia..wali bkn ke bwh sket dr nabi..nabi sndri pun ilmu sorok2..dakwah ttp dakwah..tp ni terang2 ckp wali mcmana?hmmmm
Post a Comment