Hal ini berlaku, apabila usul tersebut mendapat tentangan daripada beberapa perwakilan. Selepas berbahas panjang pengundian dijalankan, akhirnya usul ini dipersetujui oleh majoriti perwakilan. Itulah antara dua usul luluskan yang telah dibahaskan hangat oleh para perwakilan, dan satu usul lagui berhubung isu “kepentingan Melayu”.
Kedua-dua usul tersebut adalah di antara lima usul yang dibahaskan di dalam mesyuarat Agung Pemuda PAS Gombak kali ke-16 dan lima usul diterima dengan bahas. Dalam usul ke-4 yang berbunyi “Mendesak Dewan Pemuda PAS Gombak menyarankan kepda Dewan Pemuda PAS Pusat agar menyatakan pendirian secara tegas bahawa PAS terus mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan sentiasa dilihat “Jaguh Penyelamat”.
Beberapa orang perwakilan mengambil bahagian yang menghangatkan sesi mesyuarat. Usul yang dibawa oleh Pemuda DUN Batu Caves ini mendapat kritikan dan pandangan hangat daripada para perwakilan sehingga akhirnya meminda beberapa frasa di dalam huraian usul tersebut agar agenda perjuangan Melayu “PAS Ganti Umno” selaras dengan hasrat PAS For All.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 ini dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan Tantaw. Pada mesyuarat kali ini juga menyaksikan pemilihan dan rata-rata yang dipilih oleh para perwakilan mengekalkan muka-muka lama yang diketuai oleh Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim. (IH)
Lihat E-Buku ini ada kaitan...E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
No comments:
Post a Comment