KL 28 Apr 11: Usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.
Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.
Begitulah keluhan seorang mahasiswa UIAM. Lihat kenyataan berikut...
FIRMAN Allah bermaksud: "Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]
Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet.
Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada melihat video lucah.
Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi.
Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan.
Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku.
Video seks telah mengotori minda anak muda:
1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya 2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau 3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan 4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak mudaDalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini.
Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini.
Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.
maksud firman Allah: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” [An-Nahl:125]
Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera.
We Unite For Islam
Muhammad Hafizuddin Muhamed NoorMahasiswa UIAM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri tv & media atau lain-lain yang berkaitan kena ambil perhatian, jangan buat-buat telinga kuali. (IH)
Ibnu Hasyim :
ReplyDeleteTak payah la kata orang... dalam blog ko pun banyak gambar-gambar lucah ... apa ko ingat bila ko sokong hamPAS , dosa ko boleh terampun ....
Kejahatan orang yang ingin menjadi pemerintah harus diberitahu kepada rakyat agar rakyat tidak silap memilih pemimpin yang juga pelakon PORNO..
Biasa la, juak-juak hamPAS ni kalau isu tu memberi kelebihan kepada mereka, tak kira betul ka salah depa balun jer .... tapi kalau tak kena dengan nafsu mereka pasti mereka MEROYAN menafikannya ..
ReplyDeleteSiapa yang menerajui fitnah terhadap DS Rais Yatim ....jawapannya ialah puak-puak hamPAS ... last-last kantoi gak ...
ReplyDeletePASti juga kita tidak lupa siapa yang mengampunkan perbuatan terkutuk ADUN Selinsing ....
ReplyDeleteLu jawab la sendri ..
Jangan lupa ADUN Perupok .... Segalanya dalam ingatan....
ReplyDeletePembangkang memfitnah DS Najib boleh sebab sesuai dengan nafsu mereka ... tapi bila tunjuk video Al-Jub para penjilat tegar terus MEROYAN ...
ReplyDeleteParti yang mengaku Islam tidak akan menang selagi akhlak ahli-ahlinya lebih teruk daripada orang UMNO ...
Ceramah UMNO yang berkisar memajukan negara jauh lebih baik daripada ceramah PR yang sentiasa memfitnah dan mencari kesalahan orang lain sahaja..
pihak UIAM pun kena jaga2 juga pensyarah diorang.dah la pensyarah,ibu orang,isteri orang masih main kayu 3.memang sial!
ReplyDelete