Monday, April 04, 2011
Mengkritik Tidak Salah Bahkan Wajib Dlm Jamaah
Budaya Mengkritik Dalam Jemaah Islam
Oleh Abu Muhammad (Darultauhid)
MENGGKRITIK tidak salah bahkan wajib terutamanya kepada jemaah Islam agar proses pengislahan dapat dilakukan.
Syarat utama pengkritik ialah
a. Tidak menjatuhkan maruah jemaah atau seseorang. Pengkritik tidak boleh menjatuhkan maruah orang dikritik dengan pelabelan, kutukan peribadi dan fitnah berbentuk sangkaan semata-mata.
b. Sumber yang sahih. Sumber maklumat yang dijadikan bahan kritikkan mesti bersumberkan sumber yang sahih bukannya berbentuk persepsi, sembang kedai kopi, khabar angin, ragu-ragu dan sangkaan.
c. Wasilah yang digunakan. Ada maklumat berbentuk rahsia dan umum. Pengkritik haruslah menggunakan medium sesuai dengan maklumat/bukti tersebut seperti pertemuan peribadi, usrah, mesyuarat dan muktamar untuk melakukan kritikkan.
d. Memikirkan Impak. Pengkritik mesti fikir impak yang akan berlaku jika maklumat itu didedah secara umum pada pimpinan dan jemaah.
e. Pilih bulu. Kritikan hanya kepada pihak tertentu sahaja. Hilang ukhwah dan keikhlasan dalam mengkritik kerana Allah bukannya demi kepentingan peribadi dan puak yang didokongi.
Jika syarat ini disudah tepat, boleh mengkritik.
Kritikkan adalah proses muhasabah diri dan memberi peringatan agar pemimpin dan jemaah dapat melakukan peningkatan kualiti dan membaiki kelemahan. Kritikan adalah refleksi diri dan jemaah.
Saidina Umar al Khattab pernah menyatakan “semoga Allah memberi kerahmatan kepada seseorang yang memberitahu terhadap segala keaiban diriku”.
Jemaah Islam bukanlah milik individu tapi milik umat Islam. Oleh sebab itu, anggota jemaah Islam mesti berani mengkritik pimpinan melalui saluran-saluran yang betul. Mungkin pengikut jemaah yang ikhlas takut mengkritik kerana ia mengundang fitnah dan perbalahan sesama anggota.
Menurut Dr Yusof al Qaradhawi, syarat pengkritik ialah hanya orang berupaya sahaja [miliki sumber yang sahih, berilmu, saksi yang tidak fasik], mengutamakan kemanfaatan akhirnya dan membetulkan sesuatu maklumat yang sahih sahaja boleh mengkritik.
Setiap pendapat pemimpin tidak boleh dimaksumkan. Pendapat pimpinan bukanlah sabdaan Rasulullah SAW. Kritiklah dengan hujah tanpa emosi dan tanpa niat jahat. Kritikan harus ilmiah dan berfakta benar dan sahih.
Orang dikritik dan pengkritik tidak harus ada sifat membenci. Al Maududi mengkritik Sayyid Abu Hassan an Nadwi secara ilmiah tetapi hubungan peribadi beliau tetap baik. Pun begitu, para pengikutnya berbalah dengan emosi.
Bagi Dr Yusof Qaradhawi, anggota jemaah Islam jangan takut kritik secara terbuka [jika memenuhi syarat-penulis] walaupun kemungkinan pihak musuh mengeksploitasi dan menyeleweng maklumat golongan yang ikhlas mengkritik pimpinan dan jemaah Islam. kalimah yang benar tidak boleh disembunyikan kerana semata-mata takutkan kalimah yang batil.
Jemaah Islam seumpama PAS sewajarnya mengadakan banyak seminar dan dialog yang memberi ruang kepada intelektual membentang kertas kerja berunsur kritikan dan cara pengislahan jemaah serta mendengar kritikan ahli jemaah[PAS pernah melakukan seminar yang mengundang intelektual mengkritik PAS]. Para pimpinan PAS mesti hadir dalam seminar dan dialog tersebut.
Tradisi anak muda suka mengkritik. Adakah kritikan mereka kritikan membina atau bersifat ‘pepsi cola’?. Pimpinan utama harus mengambil berat kritikan kelompok anak muda kerana mereka adalah warisan perjuangan, cuma anak muda perlulah beradab semasa mengkritik. Sebagaimana ucapan Lee Kuan Yew “saya memberitahu penganti saya bahawa jika mereka menolak generasi muda yang bijak yang tidak bersetuju dengan mereka mengenai dasar, akan tiba masanya mereka akan menjadi penentang sebenar”.
Persoalan yang timbul, sejauhmanakah pihak pengkritik tidak mempunyai kepentingan tertentu semasa mengkritik, beradabkah cara mereka mengkritik dan dipenuhikah syarat sebelum mengkritik?.
Kritiklah ikhlas kerana Allah.. Kritik jangan MENGHINA. Insya Allah, selamat. " (Diangkat dari Tranungkite)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kritikan dan komen ikhlas yang membina tanpa udang sebalik batu amat baik. Jangan kutuk (boleh kutuk hanya untuk mereka yang hina Islam dan yang menyokong dan membantu toghut untuk kepentingan tertentu) dan menjatuhkan aib serta fitnah kepada orang lain. Kalau dalaman elok secara keluarga, bukan menceritakan kepada orang lain terutama musuh.Wallahu a'lam.
Post a Comment