Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini, menurut Harakah hari ini. Justeru kata beliau, usaha perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan BN.
Bukannya menjatuhjan Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, yang juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.
“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.
Katanya juga, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.
“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.
Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini. Kita tidak dengar ada cadangan tarik balik atau penolakan calon dari Datuk Husam. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Pemilihan PAS, Jawatan Presiden Dicabar?
- Pemilihan PAS: Mohd Sabu Antara 6 Calon T/Presiden?
- Pemilihan Presiden PAS: 2 H, Husam Lawan Hadi..
- Husam Tanding Presiden PAS
- Dr Mujahid Bertanding Timbalan Presiden PAS?
- Pertandingan Lwn Pres.PAS Kali Ini, Terbayang...
- PAS: Aziz Bari Berhak Beri Pandangan -Nik Aziz
- Jangan Calonkan Saya T/Presiden PAS -Tuan Ibrahim
- Presiden PAS Dikritik Kerana BN -Tuan Ibrahim Tuan Man
- P/PAS: Manjung Mari Cadang Dr Mujahid T/Presiden
3 comments:
ELOK SANGAT2 TAMBAH2 LAGI BADUT SABU JADI TIMBALAN
HAHAHAHA MACAM SARKAS
Aikk, ada pula yang dok risau penakut tak ketahuan ni apa hal... dah lah tu,, nak bubuh nama pun takut,,, serba serbi penakit piang...
lawak la parti aslam semalaysia ni(pas)...
Post a Comment