Wednesday, April 06, 2011

Pertarungan PRU DUN, Terus Dari Sarawak.

Kuchng 6 Apr 11: Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN. Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

Ikuti laporan langsung dari Malaysiakini..

8.45am:
Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib. NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am:
Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang. Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan. PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan. Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching. NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon. "Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew. Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan. Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.04am: Batang Ai - Penamaan calon hari ini menyaksikan pergerakkan lalu lintas di pekan kecil Lubok Antu, yang terletak kira-kira 82km dari Sri Aman tersekat. NONEBN menghantar kira-kira 400 penyokongnya manakala PKR diiringi hanya 50 penyokong. Pada pilihan raya ini, PKR diwakili oleh Nicholas Bawin, yang menjadi calon pertama mengemukakan borangnya pada jam 9 pagi dan dikuti penyandang kersi itu, Malcolm Mussen Lamoh, pada jam 9.10 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua mereka melahirkan keyakinan memenagi kerusi Batang Ai. Batang Ai adalah kerusi luar bandar dengan kira-kira 94.7 peratus pengundi Iban voters. Pada pilihan raya negeri yang lalu, Batang Ai menyaksikan pertarungan sengit apabila Bawin, yang bertanding di bawah tiket Snap hanya tewas 806 undi kepada Dublin Unring Ingkut dari BN. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil 2009 BN yang diwakili Lamoh berjaya mendapat majoriti besar 1,854 undi bagi mengalahkan bekas ahli parlimen Lubok Antu Jawah Gerang, yang bertanding di bawah tiket PKR.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina. Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti. Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal. Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!". NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah. Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi. Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB. Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN". Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang. Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei. Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP. "Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini. Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR. Batu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP. Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan. Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan. Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas. Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP). Batu Lintang juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP). batu kawah nominations 060411 dap gang

Adalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng. Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat. Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang. Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP). 10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga!
(IH/Malaysiakini)

1 comment:

  1. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

    Saya semakin keliru dengan pendirian PAS. Apakah dengan kenyataan di atas menunjukkan bahawa para ulama sudah tidak relevan pada masa kini dan hanya relevan pada zaman Rasulullah. Saya amat kesal dengan kenyataan seperti ini yang jelas menunjukkan sikap PAS tidak konsisten dan hanya memikirkan keuntungan dan amat mengelirukan.

    ReplyDelete