Saturday, April 16, 2011

Sarawak: Jika BN Menang, Terus Menjadi Simbul Rasuah &...

Kuching: 16 April 11: Rasuah atau salahguna kuasa yang membawa kepada keluarga dan rakan-rakan pemimpin BN (Ketua Menteri Sarawak) mengumpulkan kekayaaan, terus menjadi simbul kepada kerajaan Malaysia (BN) yang tidak boleh diubah, jika pilihan raya kali berpihak kepada BN lagi.

Kerana itu ada pihak yang menganggap pilihan raya hari ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak lebih 30 tahun. Kepimpinannya genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa tersebut.

Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini, hari penentuan sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.

Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006. Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.

Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.

Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.

Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”

Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan. Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya. Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa. (IH)

No comments:

Post a Comment