GEORGETOWN 24 Apr 11: Tahniah JHEAIPP, Kerana berjaya dengan operasi cegah maksiat. Termasuk menangkap khalwat pelajar bogel. Maka terbongkarlah...
Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan. Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.
Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dan tidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.
Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes. Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.
Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang. Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.
Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.
“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya. (IH)
Lihat ini..
AKU RASA KALAU ADA ANUGERAH BLOGGER LUCAH, MESTI KAU YANG MENANG
ReplyDeleteENTRI KAU MESTI BERBAU LUCAH
MUNGKIN DASAR PAS KOT ATAU KAU KAKI BETINA
anon:ke ko yg asyik pikir lucah?kalau ini kau kate lucah,lucah lagi akhbar metro or utusan....
ReplyDeletetapi aku rasa ko ni bace sambil berkhayal,tu yg dok rasa lucah,ntah2 tgk pic kat atas tu pun terus ko fap kan?
btw,xreti off caps lock ke?
bodoh!!
Saya pun nampak macam tu.. pak ibnu mungkin dah terdesak nak dapatkan pelawat sehingga jadi teruk macam nie.
ReplyDeleteSaya pernah kenal pak ibnu sejak zaman dia bukak kedai dulu.. tapi saya tengok tulisan nie makin lama jadi makin tak berkualiti.
mintak maaf la terpaksa menegur.
Tak mau komen apa2, yang di atas tu sebab ada pro con. Komen hanya Jabatan yang bertanggung jawab dalam hal-ehwal Islam di negara ni adakah wajar kerjanya buat perngakap dan kemudian tangkap. Kalau nak cegah duduk sama-sama dekat kaunter Hotel, bila orang dicurigakan datang nak daftar tanya dia, kalau tak kahwin nasihatkan secara yang wajar dan dituntut oleh Islam. Ini rasanya baru cegah.
ReplyDeletetake perlu ucap tahniah. sebab diaorang mengendap maksiat seolah satu hiburan bukan tanggungjawab. dlm operasi dapat juga pegang minah2 yg masih berbogel.
ReplyDeleteKalau dalam Islam, mana ada pekerjaaan mengendap org buat maksiat? Kalau ada, kenapa remaja2 mentah sebagai sasaran. tak pernah pun ada tangkapan para VIP, VVIP.
ni semua ada udang disebalik mee goreng.
Askum Tuan Rumah
ReplyDeleteMohon link blog kartun dari milo suam :
kartunjahanam.blogspot.com
Terima Kasih.
anon 10:00..aku x setuju ulasan ko ttg dasar pas..fitnah...yg kuat keluar cerita barbau lucah utusan,berita,metro,kosmo..
ReplyDeletekasihan cik kak tuh gara2 SPINner...
ReplyDeletebuat apalah nak buat maksiat...nikah ja tak lah kena tangkap...orang melayu takut isteri drp takut Allah...bagi yg kena tangkap terdiri penuntut di harap kasihanlah pada emak bapak yg bersusah payah menghantar anak-anak untuk belajar tiba-tiba sanggup menconteng arang pula ....fikir-fikirlah otak ada...takut sama pada Allah
ReplyDelete