Saturday, April 30, 2011

Tak Taat K'jaan Boleh Dibunuh -Ulama Pengganas UMNO


Shah Alam 30 Apr 11: Rakyat yang tidak mentaati kerajaan sekarang ini boleh dibunuh. Demikian fatwa ganas atau kesimpulan mudah tulisan dari seorang Ulama Muda UMNO dalam sebuah akhbar harian.

Kerana itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya (gambar) dengan penuh rasa tanggungjawab amat merasa kesal dengan kekeliruan tersebut.

"Rakyat hanya wajib mentaati kerajaan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya," tegasnya sambil menghuraikan dengan lebih lanjut tentang duduk perkara sebenar.

Menurutnya, mereka yang membaca tulisan seumpama itu hendaklah berhati-hati jangan mudah terpengaruh dengan huraian yang jauh menyimpang dari kehendak dan pengajaran agama.

Sebaliknya, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan. Menurut beliau lagi.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi 'pokka' lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun.." kata beliau serius dalam seloroh. Pokka atau sesumpah, adalah haiwan mirip mengkarung yang kerjanya hanya angguk sahaja, tak kira apa jadi sekelilingnya.

Bekas pensyarah UM dan UIAM berusia 72 itu berucap demikian ketika bercakap dalam Bicara Buku Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawy di Masjid Negeri, dekat sini, tengah hari tadi. Turut serta adalah Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Jurnalis dan Editor Majalah Sabili Indonesia, Herry Nurdi dengan moderator oleh Ustaz Nazmi Karim. Slot Bicara Buku anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) itu, sempena mesyuarat agung pertama hari ini.

Ketika membahaskan isi kandungan buku Syeikh Yusuf, Datuk Hashim berkata, terdapat satu pengajaran besar yang terdapat di dalam buku itu.

"Setiap orang yang dilahirkan sebagai Muslim adalah seorang ahli politik yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

"Rakyat Malaysia sudah memberikan masa kepada kerajaan yang ada ini melebihi lima puluh tahun dan kini sampai masanya untuk mereka menggunakan kuasa ini memilih parti yang berhasrat mengangkat perjuangan kebenaran," tegasnya sambil menunjukkan isyarat mengundi.

Semasa merasmikan Mesyuarat Agung pertama Salimah selepas itu, Datuk Hashim juga berkata, penubuhan NGO Islam ini tepat pada masanya kerana berlaku berbagai masalah dalam negara ketika ini. Menurutnya, perjuangan untuk merubah keadaan ke arah penegakan kebenaran akan memakan masa, perlukan pengorbanan dan bersedia dengan cabaran menyentuh perasaan.

Turut berada di pentas adalah Penasihat-penasihat Salimah, Cikgu Azmi dan Mohideen Abdul Kader.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO mula melahirkan ulama pengganas... (IH/Harakah)

7 comments:

madbi said...

aku sokong fatwa ulamak muda amnu ni, pancung jer sapa yang tak taat kepada kerajaan..... tapi jangan lupa 5 negeri bawah kerajaan pakatan, jadi kena pancung jugak la puak yang tak taat kepada kerajaan pakatan, ada berani kaaaa????

Anonymous said...

bagaimana yg x taat perntah Allah dan Rasul....yg murtad bersepah tu bila nk bunuh

Anonymous said...

Datuk Hashim Yahaya ni pun patut dipancung jugak. dulu orang kuat UMNO, bila dah tak dapat kuasa masuk HamPAS pula. kecewa nampak!. KAHKAHKAH

Anonymous said...

anon 10:17

sebelum kau mampos saya nasihatkan minta maaf kpd ust Hasyim Yahaya, dakwaan kau terlalu hina.

Anonymous said...

Mungkin ulasan ini terlalu lewat tetapi masih relevan.

Anonymous 10.17 pm itu mungkin telalu jauh dengan agama.Datuk Hashim Yahaya itu tidak dikenali sebagai ulamak yg menyebelahi mana-mana pihak Melayu samada semasa masih sebagai Mufti atau selepas bersara.

Dia sebenarnya tidak pernah siapa mantan mufti itu.Kasihan.

SQ said...

aku x sokong pe madbi said katakan..wajib ke kita taat kepada kerajaan manusia yang tidak mengutamakan kerajaan Allah?Siapa kita umat manusia yang miskin lagi hina ini untuk taat kepada kerajaan ini?pernah ke kerajaan sendiri merasai kesesakkan lalulintas sewaktu pagi dan petang di hari pekerjaan?pernah ke kerajaan mengutamakan agama Allah?buktikannya..??lihatla sendiri pemimpin kerajaan dengan pemakaian mereka sekarang ini..kenapa makin mewah kerajaan,rakyat segelintir makin lapar?itu ke kerajaan mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah..?ini bukan nak down kan sesiapa tapi nak kita berfikir bersama,duduk la di masjid selama paling kurang 1 hari suntuk dan fikir,lihat dan nilai siapakah kita manusia yang miskin lagi hina ini..

SQ said...

aku x sokong pe madbi said katakan..wajib ke kita taat kepada kerajaan manusia yang tidak mengutamakan kerajaan Allah?Siapa kita umat manusia yang miskin lagi hina ini untuk taat kepada kerajaan ini?pernah ke kerajaan sendiri merasai kesesakkan lalulintas sewaktu pagi dan petang di hari pekerjaan?pernah ke kerajaan mengutamakan agama Allah?buktikannya..??lihatla sendiri pemimpin kerajaan dengan pemakaian mereka sekarang ini..kenapa makin mewah kerajaan,rakyat segelintir makin lapar?itu ke kerajaan mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah..?ini bukan nak down kan sesiapa tapi nak kita berfikir bersama,duduk la di masjid selama paling kurang 1 hari suntuk dan fikir,lihat dan nilai siapakah kita manusia yang miskin lagi hina ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails