Hal ini berikutan dari kenyataan terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda. Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.
Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.
“Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.
“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN,” tulisnya.
Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.
“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.' (IH)
No comments:
Post a Comment