Tuesday, May 17, 2011

Abd Hadi Kekal Presiden PAS. Tahniah. Timbalan Tanding..

KL, 17 Mei 11: Tahniah PAS dan Presidennya. Kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatan presiden PAS untuk penggal kelima manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

Abdul Hadi kekal mempertahankan jawatan itu kerana tiada calon lain yang layak untuk bertanding bagi jawatan itu selepas 180 kawasan selesai mengadakan mesyuarat kelmarin. Bagaimanapun dari 180 kawasan itu, jawatankuasa pemilihan hanya menerima borang pencalonan dari 152 kawasan dan daripada jumlah itu enam borang pencalonan ditolak kerana tidak lengkap.

Ketika mengumumkan senarai rasmi pencalonan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bagi jawatan timbalan presiden enam calon layak untuk memegang jawatan itu. Mereka ialah Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Nasharudin, penyandang jawatan dan Mohamad setakat ini telah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua itu. Bagi jawatan naib presiden PAS pula 14 orang layak bertanding iaitu Azizan; Husam; Salahuddin; Nasharudin; Salahuddin; Tuan Ibrahim; Idris Ahmad; Datuk Mahfuz Omar; Mazlan Aliman; Datuk Mohd Amar Abdullah; Dr Mohd Hata Ramli; Dr Mujahid Yusof Rawa; Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Dalam pada itu, bagi kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat seramai 82 orang layak bertanding. Mereka ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Samsuddin, Abdul Halim, Dr Abdul Rani Osman, Abdul Wahid Endut, Datuk Abu Bakar Chik, Abu Bakar Hussein, Adly Zahari, Ahmad Sabki Yusof, Aiman Athirah Al-Jundi, Amiruddin Hamzah, Datuk Anuar Tan Abdullah, Asmuni Awi, Azizan dan Azman Shapawi Abd Rani.

Turut layak Dr Halimah Ali, Hamzah Abdullah, Hamzah Jaafar, Hanipa Maidin, Hashim Jasin, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hayati Othman, Husam, Idris, Iskandar Abdul Samad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Khairuddin Abdul Malik, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali.

Selain itu, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Mahfuz, Mazlan, Misbahul Munir Masduki, Mohamad Nor Mohamad, Mohama, Mohd Anuar Tahir, Mohd Apandi Mohamed, Mohd Firdaus Jaafar, Mohd Hatta, Mohd Nasir Mustafa, Mohd Nasir Zakaria, Nizar, Mujahid, Mumtaz Mohd Nawi, Mustafa, Dr Najhatussolehah Ahmad, Nasharudin, Datuk Nasuruddin Daud, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Amar, Nik Zawawi, Norazli Musa, Normala Sudirman, Nuridah Salleh, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Razman Zakaria dan Riduan Mohd Nor turut layak untuk bertanding.

Sementara itu, Rosidi Hussin, Sa’ari Sungib, Salahuddin, Salleh Man, Sallehen Mukhyi, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Mohd Yusof, Suhaizan Kaiat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Datuk Takiyuddin Hassan, Taufek Ghani, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Wan Hasrina Wan Salleh, Wan Nik Wan Yusof, Wan Ubaidah Wan Omar, Yusof Embong, Zainuddin Yusof, Zaki Ibrahim, Zulkefly Muhamad Omar dan Zulkifly Ahmad turut tercalon bagi jawatan itu. Hanya 18 kerusi diperuntukkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat.

Tahniah PAS, memberi laluan kepada presidennya. (IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails