CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
PADA kira-kira jam 2.30 semalam 20 Mei, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Saya Ibnu Hasyim rakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh itu.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di laman twitter malam itu
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, "Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya. Dan ramai lagi, terutamnya pemimpin-pemimpin politik.
Anak 'yatim' dan 'yatim piatu'... Siapa mereka?
Secara bahasa, 'yatim' dari bahasa Arab. Dari fi’il madli 'yatama' mudlori 'yaitamu' dab mashdar 'yatmu' yang bererti 'sedih'. Atau bermakna juga 'sendirian'. Menurut syara’ "anak yatim adalah anak yang ditinggal mati oleh ayahnya sebelum dia baligh atau cukup umur".
Ibnu Abbas RA. pernah menerima surat dari Najdah bin Amir yang berisi beberapa pertanyaan, salah satunya tentang batasan seorang disebut yatim, Ibnu Abbas menjawab:
وكتبت تسألنى عن اليتيم متى ينقطع عنه اسم اليتم ، وإنه لا ينقطع عنه اسم اليتم حتى يبلغ ويؤنس منه رشد
( رواه مسلم
"Dan kamu bertanya kepadaku tentang anak yatim, bila terputus predikat yatim itu? Sesungguhnya predikat itu putus bila ia sudah baligh dan menjadi dewasa." (Riwayat Muslim)
Sedangkan kata 'piatu' dalam bahasa Melayu/Indonesia dinisbatkan kepada 'anak yang ditinggal mati oleh jbunya'. Jadi, kalau anak 'yatim-piatu', ialah anak yang ditinggal mati oleh kedua orang tuanya.
Banyak sekali ayat-ayat Al-qur’an dan hadits-hadits Nabi saw yang menerangkan tentang hal ini. Dalam surat Al-Ma’un misalnya, Allah swt berfirman:
( أرأيت الذي يكذب بالدين ، فذلك الذي يدع اليتيم ، ولا يحض على طعام المسكين )
.
“Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjur memberi makan kepada orang miskin “
{QS. Al-ma’un : 1-3}
Orang yang menghardik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada fakir miskin, dicap sebagai pendusta Agama yang ancamannya berupa api neraka
Dalam ayat lain, Allah juga berfirman :
( فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر )
“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau buat-buat mudah. Dan terhadap pengemis jangan hardik”.{QS. Ad-Dhuha : 9 – 10 )
Sedangkan hadits-hadits Nabi SAW yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim diantaranya sabda beliau :
أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا
(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان
Aku dan pengasuh anak yatim berada di Syurga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya
Dan dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda :
عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ” من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له ( سنن الترمذي )
Barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim diantara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.
Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abu Hurairoh RA hadits yang berbunyi :
عن أبي هريرة أن رجلا شكا إلى النبي صلى الله عليه وسلم قسوة قلبه فقال إمسح رأس اليتيم وأطعم المسكين (رواه أحمد )
Dari Abu Hurairoh, seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata: usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin
Dan hadits dari Abu Umamah yang berbunyi :
عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمة لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )
Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim lelaki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan, dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau lelaki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disyurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya.
عن ابن عباس قال لما أنزل الله عز وجل ( ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتى هي أحسن ) و (إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما) الأية انطلق من كان عنده يتيم فعزل طعامه من طعامه وشرابه من شرابه فجعل يفضل من طعامه فيحبس له حتى يأكله أو يفسد فاشتد ذلك عليهم فذكروا ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم فأنزل الله عز وجل (ويسألونك عن اليتامى قل إصلا ح لهم خير وإن تخالطوهم فإخوانكم) فخلطوا طعامهم بطعامه وشرابهم بشرابه
Dari Ibnu Abbas, ia berkata : ketika Allah Azza wa jalla menurunkan ayat
- “janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang hak” dan
- “sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan dzolim”
Ayat ini berangkat dari keadaan orang-orang yang mengasuh anak yatim, di mana mereka memisahkan makanan mereka dan makanan anak itu.. minuman mereka dan minuman anak itu. Mereka mengutamakan makanan anak itu dari pada diri mereka, makanan anak itu diasingkan disuatu tempat sampai dimakannya atau menjadi basi, hal itu sangat berat bagi mereka. Kemudian mereka mengadu kepada Rasulullah SAW.
Lalu Allah menurunkan ayat “dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak yatim. Katakanlah, berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kalian bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu” Kemudian orang-orang itu menyatukan makanan mereka dengan anak yatim. (Sumber: http://abufarhi.multiply.com/journal/item/1/anak_yatim)
Kesimpulan:
Siapa yang mendustakan Agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjur memberi makan kepada orang miskin. Pendusta Agama diancam dengan api neraka. Jadi, kes anak yatim, tidak boleh buat mudah-mudah. Sama dengan kes pengemis. Ia adalah masalah rakyat. Masalah kemiskinan. Masalah anak tiada ibu, tiada bapa. Tiap pemimpin, samada pemimpin politik negara, pemimpin masyarakat, dan individu yang mengabaikan tugas ini dianggap pendusta atau pembohong agama.
Islam terlalu mengambil berat masalah rakyat. Kadang-kadang pemimpin-pemimpin yang diamanahkan untuk mengagihkan hak rakyat Islam, telah mengabaikan amanah itu. Contohnya, biar telus pengagihan hak wang zakat rakyat. Berapa banyak yang diperuntukkan untuk anak yatim perlu dipamer dan dipaparkan?
Contoh penyelewengan mereka yang begitu ketara.. Lihat sahaja khianat mereka dalam hal mengamanahkan urusan haji. Seorang penabung haji yang saya kenal sejak dari mudanya, kini sampai pencen, masih belum dapat peluang pergi menunaikan ibadat haji ke Mekah, kerana 'menunggu giliran, tak cukup qota'. Dari muda sampai tua, dari sihat sampai sakit-sakit, masih belum dapat pergi haji, hingga kini. Kalau puak-puak Tabung nak tahu lanjut, sila hubungi saya.
Begitu juga dalam kes ini...
Amanah bagaimana yang mereka pegang? Nak pergi haji sendiri tak boleh, mesti melalui Tabung Haji. Khabarnya qota untuk orang-orang mewah pergi haji tiap tahun berlebihan. Anak-anak muda ahli korporat boleh pergi ke haji tiap tahun, asal masuk pakej mahal dan mewah, tak perlu booking lama-lama lagi?
Inikah pemegang amanah dalam urusan rumah Allah? Seperti juga pemegang kunci kaabah di zaman Nabi SAW? Saya berseru, pemimpin No 1 negara perlu bertanggung jawab di akhirat hal ini. Kerana melantik pemegang-pemegang amanah yang khianat. Apakah mahu rakyat meminta pemimpin bukan Islam mengendalikannya, kerana pernah pemegang kunci kaabah dipengang oleh bukan islam di zaman Nabi?
Apakah mahu di amanahkan kepada Lim Giuan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang mula mengagihkan hak 'hak-hak agama' di Pulau Pinang, yang tiada di zaman rejim BN? Apakah salah niatnya yang ingin memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, seorang Khalifah Islam yang adil?
Berbalik kepada kisah anak yatim, sepatutnya pemegang-pemegang amanah degil dan keras hati seperti di atas, ingatlah pesan Nabi SAW
- "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin!"
- "Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim lelaki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan...
- dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau lelaki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disyurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya."
Wallahu'alam bis showab!
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Ulu Langat 22 Mei 11.
1 comment:
Subhanallah
Post a Comment