Monday, May 16, 2011

Apa Hukum Askar Kita Mati Pertahankan K/Bahrain?

KL 16 Mei 11: Apa hukum askar kita mati, apabila dihantar keluar negara mempertahankan negara penindas yang zalim? Tanya seorang ustaz apabila mendapat tahu idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan membantu kerajaan Bahrain. Kerajaan Bahrain kini sedang dikecam dari semua pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas rakyat dan barisan pembangkang, walaupn di atas nama memelihara kestabilan serta keselamatan di Teluk.

Seorang journalis pertahanan yang pro Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF) bernama Dzirhan Mahadzir, berkata di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea Najib sebagai idea terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran tentera pengaman negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai penindas rakyat Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka.

“Kepada PM Najib Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita melibatkan diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang awam, bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain, kita akan terlibat dengan penindasan.

"Bukankah menjadi prinsip bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah mereka adalah orang yang sama, yang menyatakan bahawa semuanya ok di Mesri,” kata Dzirhan kepada Najib di Twitter.

Semalam Harakahdaily melaporkan, seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menyelar idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan di Teluk bagi membantu kerajaan Bahrain. Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain.

"Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Najib Jumaat lalu di Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa untuk “menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan” di negara berkenaan.

“Mengambil kira hakikat ini, Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain,” tambah kenyataan itu lagi yang turut menyifatkan jemputan daripada kerajaan Bahrain sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini.

Sebagai reaksi balas kepada pendirian Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong memberikan amaran bahawa perdana menteri sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah dengan menyatakan bahawa usaha memberikan bantuan kepada keganasan regim Bahrain sebagai satu usaha yang murni.

“Saya cukup terkejut bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam daripada kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil peluang untuk menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni.

Saya tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah,” kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini, yang juga bersetuju pandangan Dzirhan Mahadzir. Liew juga turut menyoal mengapa tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di Teluk.

“Bukan saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam, langsung tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada awal tahun ini, bahkan sekarang bersedia untuk berdiri di sebelah diktator dengan menghantar tentera untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain,” selar Liew.

Bahrain berada di dalam kemelut semenjak pihak polis negara tersebut melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap para penunjuk perasaan yang inginkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di ibu kota negara tersebut, yang mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan menggunakan pemedih mata, peluru getah dan buckshot pada Februari 17 yang lalu.

Berdasarkan maklumat terbaru daripada Human Rights Watch, terdapat bukti baru bahawa ramai penunjuk perasaan yang telah ditangkat telah diseksa dan tidak dapat dihubungi setakat ini.

“Satu perkara yang paling membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan lebih 1,000 orang ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas berminggu lamanya mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada. Peguam juga tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu di mana mereka berada.

Mereka telah ditahan tanpa dapat dihubungi, dan inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku,” Joe Stork daripada Human Rights Watch dipetik sebagai berkata. Mengikut pihak penguasa Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis terkorban dalam kemelut di negara ini yang kini dikecam hebat oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu terhadap para penunjuk perasaan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan keputusan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing,” tambah Liew.

Tanya ustaz itu lagi kepada Weblog Ibnu Hasyim, "Boleh dihukum 'syahid'kah askar kita yang mati menyokong kerajaan yang zalim seperti itu?" (IH)

19 comments:

Anonymous said...

satu hari nanti munkin malysia akan mengambil langkah seperti bahrin.

Anonymous said...

satu hari nanti munkin malysia akan mengambil langkah seperti bahrin.

Anonymous said...

Mati katak ler jawabnyer

Anonymous said...

Mungkin Malaysia akan jadi Negara Syiah satu masa nanti.

Asal loawan a\Amerika saja adalah hebat.

Iraq negara Sunni sekarang jadi Negara Syiah.

Amerika dengan Syiah sama saja!

assrie said...

Bang Mat...tolong bangkitkan dalm blog bang mat akan peri pentingnya solah hajat berikutan kes DSAI, tiada yang dapat membantu lagi kecuali Yang Maha Kuasa

Anonymous said...

Belum pon tahu apa skop tugasan yang bakal diterima, kita dah melempar tomahan yang bukan-bukan. malah dikaitkan pula dengan `mati syahit' bila mati di sana. Sepatutnya kita jangan melulu untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terutamanya mengenai mati syahit. Kalau tak tahu tanya ustaz yang pakar mengenai perkara ini. Jangan jadi jagoh kampong yang pandai sembang dan putar belit!

Anonymous said...

Saudara ni tahu ke apa erti mati syahit! tak tahu tanya tok guru....

Anonymous said...

Setuju....apapon, saudara kena tahu dulu tugas di sana. Seagak saya jadi pengaman sahaja. Takan nak kena bunuh kot!!!macam di Bosnia dan Lubnan..kan negara tu nagara Islam juga.....

Anonymous said...

Betul juga, apa salahnya kalau kita bantu masyarakat Islam.Bukan atas dasar lain, bantu kaum seagama. Tang dia tak demokrasi tu cerita lain. Kalaulah baiknya kita tanya kementerian pertahanan kot!!!

Anonymous said...

Jangan hentam keromo je!!! kan dak kena belasah..kah..kah..kah..

Anonymous said...

setahu saya apa yang berlaku di Bahrain adalah revolusi puak syiah untuk menumbangkan sunni di sana. Prof Dr Yusof Qardhawi juga telah menjelaskan apa yang berlaku di Bahrain tidak sama seperti yang berlaku di negara teluk lain. Di negara teluk lain, rakyat berjuang untuk menumbangkan pemerintah yang zalim tetapi di Bahrain puak syiah cuba menangguk di air yang keruh. Waspada...

Anonymous said...

Tindakan PM untuk membantu negara Bahrain bagi menghantar pasukan tentera Malaysia berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu sebagai pasukan pengaman adalah tindakan yang mulia.Penghantaran pasukan tentera malaysia ke sana bukanlah untuk berperang atau menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya sebagai orang tengah untuk membantu menyelesaikan konflik pergaduhan antara dua puak yang bertelagah.sebagai negara yang bernaung di bawah panji-panji pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sudah semestinya negara kita perlu mengambil sikap untuk membantu dalam mengembalikan kemamanan di negara2 sahabat agar pertelingkahan ini tidak berlarutan kerana di dalam pergaduhan negara tersebut akan terdapat kemalangan jiwa dan kematian oarang-orang yang tidak berdosa terutamanya orang tua,perempuan-perempuan yang lemah dan kanak-kanak. Maka Islam melarang berlakunya perkara tersebut dari berlarutan.Kalau dilihat di dalm sejarah peperangan Rasulullah melarang membunuh golongan- tersebut kerana mereka golongan- golongan yang lemah.

Anonymous said...

Di samping itu juga penghantaran tentera kita kesana bukan untuk berperang hanya sekadar sebagai orang tengah yanag tidak menyebalahi mana-mana pihak. umum mengetahui peranan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu adalah sebagai pertubuhan untuk menjamin keamanan negara-negara didunia, jika tiada pertubuhan ini nescaya pertingkahan dan pembunuhan yang berlaku di negara-negara di dunia akan memudaratkan penduduk dan kesannya kepada negara lain termasuk lah faktor keselamatan dan ekonomi.Negara Malaysia yang merupakan sebahagian dari negara-negara di bawah PBB harus mengambil sikap berkerjasama dan bertolong menolong untuk kebaikan dan keselamatan masyarakat sejagat lebih2 lebih lagi yang melibatkan kepentingan umat islam.ini sesuai dengan maksud firman Allah SWT di dalam Al Quran dalam surah Al Maidah ayat ke 2 "Bertolong menolong lah kamu di dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan dan jangan lah kamu bertolong menolong di dalam urusan yang mendatangkan dosa dan permusuhan dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksanya".Di dalam ayat lain pula Allah SWT berfirman di dalm surah Al Hujuraat ayat ke 10 yang bermaksud"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat".Mengambil pengajaran ayat tersebut tidak salah tentera Malaysia di hantar kesana untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan masyarakat muslim di Bahrain,di dalam masa yang sama juga kita membantu memberikan bantuan logistik dan perubatan kepada penduduk-penduduk yang teranaiya dan golongan-golongan lemah.soal siapa yang benar di dalam perlingkahan negara tersebut bukan urusan kita biar lah rakyat Bahrain yang menentukannya dengan cara yang terhormat mengikut- lunas-lunas kehidupan dan pelembagaan seperti melalui piliharaya dan sebagainya tetapi bukan dengan cara pembunuhan yang sudah tentu akan lebih memudaharatkan banyak perkara daripada kebaikan dan manfaatnya.

Anonymous said...

Kehadiran tentera Malaysia kesana sekurang-kurangnya kita telah melakukan satu kebaikan dalam kehidupan dan terhadap kepentingan sesama muslim dengan memberi pertolongan kepada penduduk setempat,yang mana tindakan tersebut amat dianjur oleh agama Islam yang inginkan umatnya bersatu padu dan tidak berbunuhan sesama sendiri kerana ini merugikan umat Islam.Untuk itu,setiap anggota tentera Malaysia sekiranya dihantar ke Bahrain hendaklah menanam niat untuk bertugas di sana kerana Allah SWT bagi menolong umat Islam dari terbunuh dan mendamaikan keadaan,mengambil pengajaran sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"sesunguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat". Seandainya dalam melakukan tugasan yang murni tersebut tentera kita terkorban oleh tindakan puak-puak yang bertelagah tersebut, maka itu sudah taqdir Allah.mudahan-mudahan kematian tersebut dikira sebagai syahid oleh Allah kerana kehadiran tentera di sana untuk tujuan yang baik demi kepentingan agama dan umat islam.hak pemberian ganjaran pahala adalah hak mutlak Allah SWT ia boleh menberikan apa saja yang dikehendakinya.Sekurang-kurangnya kita telah melakukan sesuatu untuk Allah dan untuk kepentingan umat Islam maka kita berbaik sangka Allah menerima kematian tersebut dengan kedudukan yang istimewa.Seandainya perjuangan tersebut tidak dikira sebagai syahid seperti peperangan menentang kuffar mudah-mudahan tentera kita yang terkorban akan digolongkan termasuk golongan syahid kecil kerana syahid tidak hanya terbatas didalam peperangan menentang kuffar tetapi termasuk perkara-perkara lain seperti ibu yang mati semasa bersalin.terkorban dalam menyelamatkan orang mati lemas dan kebakaran,terkorban dalam perjuangan menghapus kabatilan umat dan sebagainya lagi yang diijtihadkan oleh ulamak tentang perluasan maksud syahid dalam kehidupan hari ini. Atas kepentingan tersebut tidak salah tentera kita dihantar kesana untuk tujuan yaang murni tersebut daripada kita mengambil sikap tidak menghiraukan langsung masalah umat Islam yang teranaiya dan terbunuh disebabkan pertelingkahan tersebut yang akhirnya melemahkan keseluruhan Islam itu sendiri.Mudah-mudahan Allah memberi taufik atas tindakan yang dilakukan tersebut.Amin

benci orang bodoh said...

sunni ke kaki enjoy dan bunuh insan, sunni ke jadi hamba amrika,sunni ke masuk negara orang lain dan jadi perogol..kalau sunni jahat pun boleh masuk syurgake, hei bangang anjing yang tak bersalah pun haram bunuh apatah lagi shia yang kamu benci tu...kalau dah kepala wahabi ejen british jadi bansatlah dan buta hatilah ..bunuh manusia pun takapa krana kawan raja kasino..bangsat punya melayu bodoh..duble standardkala suni nak demokrasi o kalau shia tak ok.tuhan kamu Allah ke iblis.perangai sombong macam iblis je

Anonymous said...

hukumnya mati BABI busuk sebusuknta sia sia
pengkhianatan depan mata dlm negara pun tak ambil peduli apa pulak nak ikut campur urusan negara org
mcmna pemimpin2 yg rakyat nak menjadi pemimpin dan membantu rakyat sebaliknya ..menjadi dalang dlm komplotan ala mafia pulak menghancurkan pentadbiran negara ..rakyat tak buta ..

Anonymous said...

Sumber mana tentang idea ini? Boleh tahu?

Anonymous said...

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong tu takut anak melayu kita yg hantar sana tu tambah berani.Tapi apa ke hal pulak blog anak melayu ni sokong sangat liew yg tak baca sejarah tu.hantar sana bukan melancong.sebelum ni dah banyak tempat kita hantr tak jadi isu pun.jiran kita belanja billion kat askar dia.pondan sangat lah liew ni...hahaha

Anonymous said...

nk hukum tanya ulamak yg benar.

bahrain tk sama dgn syria. dengarnya syiah sedang menghuru harakan bahrain.

syiah sedang menganas diseluruh dunai sebb almehdi(dajjal) mereka dh nk keluar.

umat islam perlu bantu bahrain menghadapi ancaman syiah laknatullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails