Gambar atas & bawah: Pagi selepas subuh dipekan Danok (Thailand) bersempadan dengan Bukit kayu Hitam (Kedah).
Catatan Perjalanan KL-Hatyai 1.PUDURAYA KL, kini berwajah baru. Di situ aku ambil bas untuk pergi ke Hatyai, Thailand. Bas berangkat kira-kira 11.30 malam. Sebelum subuh sampai di Bukit Kayu Hitam. Di Bukit Kayu Hitam sebelum sampai ke Komplek Kastam Malaysia, bas berhenti di sebuah gerai makan. Di situ ada kemudahan tukar wang asing, cucuk kad bank, bilik air, bilik sembahyang dan apa-apa keperluan orang tengah berkaitan imigresyen dan kekastaman.
Tetapi sebelum masuk waktu subuh bas itu sudah berjalan. Terdengar azan subuh, saya solat dalam bas. Selepas solat, bas yang saya tumpangi itu, rupanya berhenti di salah sebuah kedai batu. Terasa bas masuk ke situ malalui suatu lorong berliku-liku, bagaikan dalam sebuah kawasan perumahan.
"Kalau nak beli barangan bebas cukai boleh turun dan beli di sini." Kata seseorang. Ada beberapa penumpang turun. Aku pun turun.
Ku lihat barangan yang dijual kebanyakannya arak segala macam jenis, dan biskut-biskut. Lepas ku pusing dalam kedai itu, melintasi jurukira, aku bersungut, "Tak boleh tumpang beli, hampir semuanya arak..."
"Kalau tak mahu beli, turun buat apa?" Jawab seorang jurukira, gadis Melayu bertudung.
"Turun nak tengok hang la!" Aku jawab.
"Ha ha ha.. terima kasih." Jawab yang bertudung tadi.
"Kalau begitu, kami cantik la! Ha ha ha.." sahut gadis Melayu seorang lagi yang tidak bertudung, sambil ketawa besar.
Tetapi dalam fikiranku terlintas, "Kesian. Hangpa juga terlibat bersekongkol dalam dosa besar sebagai peminum arak." Teringat aku hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah SAW.. “Rasulullah SAW melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuanganya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”
"Oh, kalau begitu, pemimpin PAS Menteri Besar Kedah sekarang pun terlibat sama." Fikirku lagi, tanpa dengar hujjah syar'ie yang membenarkan ke'kecualian' dari MB Kedah itu.
Sebelum keluar dari di kedai arak bebas cukai itu, aku terpaling se buah papan tanda bertulis, antaranya yang masih ku ingat ialah larangan...
- Tidak dibenarkan jual-beli minuman keras kepada orang Islam.
- Tidak dibenarkan pekerja beragama Islam membantu kerja-kerja urusan minuman keras tersebut.
- Dan beberapa lagi yang aku tak ingat.
Wallahu 'aklam. Bersambung.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Hatyai, Thai
28 Mei 11.
6 comments:
MB PAS Kedah tak terlibat dengan penjualan arak tersebut.PAS tak punya kuasa untuk menghalang itu semua selagi tidak memerintah Malaysia.Kerajaan Malaysia yang di perintah oleh UMNO-APCO adalah bertanggung jawab keatas itu semua.Oleh itu.....kita bantulah perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud di bumi Malaysia supaya benda-benda ni dapat di singkirkan daripada terlibat dengan remaja ISLAM yang memproses ( kerja di kilang arak )menjual,menghidang,menggangkut,membeli saham syarikat arak.
selamat berjuang
Betul tu anon ...
Kedai bebas cukai tu tak silap saya dibangun pada petengahan tahun 80 an .. masa saya sekolah menengah ...
Macamana kita nak mengaku kerajaan dok ada nie mertabatkan agama Islam .... pirahhhhh
Sama-sama kita mengharapkan kerajaan PR berjaya memerintah Malaysia ..
arak 2x turun ayat menyatakan keburukan dan ayat ke3 baru mengharamkan.
i2 pun ayat pengharaman turun di Madinah..
KUASA MENGELUARKAN LESEN PREMIS JUDI DAN ARAK ADALAH PADA KERAJAAN NEGERI. BEGITU JUGA LESEN PENJUALAN ARAK. APASAL TAK HENTIKAN? MB DAN PAS DIKIRA SUBAHAT. MENGAKU JELAH.
Lihat saja Kelantan mengapa boleh atasi masalah arak dan judi, walaupun tidak sepenuh? Selangor pun mula ikut.
MB Kedah lembab ikut perangai dan telunjuk UMNO.
Post a Comment