Thursday, May 26, 2011

Awas, Pencuri Silap Mata, Bergerak Semula..

PENGGUNA

KL 26 Mei 11: : Sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah yang menjalankan kegiatan mencuri 'ala 'silap mata' bergerak aktif semula di sekitar Lembah Klang. Mereka menggunakan taktik dengan berpura-pura ingin menukar wang dari mangsa selepas membeli sesuatu barang atau sengaja ingin menukar-nukar wang.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, kumpulan wanita terbabit berusia 30-an memperdaya penjaga kaunter sebuah kedai aksesori di Taman Permata, Ampang di sini membabitkan kerugian RM1,000. Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat wanita terbabit masuk ke premis berkenaan dengan berpura-pura membeli sebotol pencuci kereta.

“Selepas 20 minit berada dalam premis berkenaan dan berpura-pura memilih barangan, seorang daripada suspek mendakwa mahu membeli pencuci kereta dan membuat bayaran.

“Suspek memberi wang RM100 sebelum mangsa memulangkan baki sebanyak RM85. Bagaimanapun, suspek mendakwa wang terbabit rosak kerana mempunyai tanda dan mahu menukarkannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan semua wang not RM50 dari dalam mesin daftar tunai dengan alasan mahu memilih sendiri not RM50 yang lain.

“Mangsa yang tidak curiga memberikan kebenaran, sebelum suspek memilih dan mengira wang baki yang perlu diambilnya di hadapan mangsa.

“Suspek memulangkan wang berkenaan sebelum meninggalkan premis itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terkejut apabila pemeriksaan semula dilakukannya mendapati RM1,000 wang hasil jualan didapati hilang. Iulah permainan 'silap mata'nya, yang tidak disangka dan tinaknampak terang-terangan.

Mangsa yang yakin kumpulan terbabit adalah penjenayah memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :

"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"
"Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

Inilah yang menjadikannya haram secara sepakat, tanpa mengira berapa jua jumlah jaminan pulangan keuntungan tersebut, samada RM 1 atau 0.001 % atau apa jua jumlah, semuanya menukar sifat kontrak pelaburan kepada pinjaman dengan riba. Justeru, jika ciri utama terdapat dalam sebarang pelaburan yang tidak melalui internet, ia juga adalah haram sebagaimana haramkan fatwa tersebut.

Anonymous said...

T.kasih komen anon di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails