Thursday, May 19, 2011

Bantah Batal Pendaftaran PKR... Demontrasi Besar-besaran?


KL, 19 Mei 11: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar tidak mengambil kesempatan untuk membatalkan pendaftaran PKR tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dan telah menerima surat tunjuk sebab daripada RoS. Tegas Salahuddin, RoS harus memperincikan segala masalah teknikal yang wujud sebelum membuat sebarang keputusan. Jelas beliau, RoS tidak harus mengamalkan sikap “double standard” dan mengambil kesempatan atas masalah teknikal yang berlaku.

“Ia (bukti) harus diperincikan, janganlah RoS amalkan double standard dan ambil kesempatan untuk haramkan parti dalam Pakatan Rakyat.

“Semua parti ada masalah-masalah teknikal tapi jangan ambil kesempatan untuk haramkan PKR di saat-saat kita mahu menghadapi pilihan raya umum, perkara kecil seperti itu boleh diselesaikan, tidak perlu untuk diharamkan,” katanya pada sidang media di sini.

Pada sidang media tengah hari tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Surat dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman bertarikh 9 Mei lalu menyebut PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin.

Malah dalam suratnya, Abdul Rahman berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan ia memberikan alasan yang memuaskan. Sehubungan itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sekiranya RoS mempunyai bukti yang PKR telah melanggar peruntukan-peruntukan ditetapkan, maka perkara itu harus dibawa ke mahkamah.

“Apa yang berlaku ini tidak mengejutkan kita. RoS mesti ada bukti, kalau betul (PKR langgar peruntukan) biar mahkamah yang memutuskan,” katanya.

Ditanya kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya PKR dibatalkan pendaftaran, Salahuddin bagaimanapun berkata, parti perikatan itu akan tetap setia bersama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlukah Pakatan Rakyat mengadakan demotrasi besar-besaran di seluruh negara membantah penyelewengan RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun in?

3 comments:

diod said...

Apa kena Salahuddin Ayub masuk campur urusan PKR ?

Anonymous said...

pehal pulak PAS yang slalu sgt menyibuk? PKR dok diam jek?

asal kena kat batang idung sendri jek, penyelewengan lah, fitnah lah. UMNO dulu pun kena haram ngan ROS gak. dah lupa ke?

Anonymous said...

baguih, puak-puak um-no upahan mula campok tangan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails