KL 10 Mei 11 : Lagi bukti UMNO tidak perjuangkan Islam. Kerana UMNO adalah parti kebangsaan asobiyah bukan parti Islam. UMNO dan Parti Perikatan terlibat dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka. Maka kerana itulah Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut atau memperuntukkan perdana menteri mesti beragama Islam, walaupun ada kuasa memindanya sehingga sekarang.
Hal ini disahkan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.
Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.
“Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.
“Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.
“Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini,” kata Dompok.
Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.
“Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing,” katanya. (IH)
No comments:
Post a Comment