Wednesday, May 04, 2011

Dadah Dan Saya... Keluhan Yong Vui Kong

NONE


YONG Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah. Apa pengajaran yang dapat diambil dari cerita benar ini? Sama-sama nilaikan...

Yetian, Dengar la cerita saya ini.

Telah lama saya risau mengenai seseorang ini. Dia ini asalnya baik tetapi ketika membesar dia menjadi liar. Dia tidak menghormati ibu bapanya dan terpengaruh dengan rakan-rakannya serta terjebak dengan gejala najis dadah. Dia pencuri kecil-kecilan, panas baran, angkuh, kuat mencarut dan mementingkan diri sendiri. Tetapi orang ini kini telah berubah.

Semua tabiat buruk telah ditinggalkan dan dia benar-benar ikhlas mahu berubah. Saya akan menggunakan kiasan cerita berikut bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar ingin berubah. Seorang remaja yang kelaparan di hutan ternampak sebatang pokok yang lebat dengan buah-buahan. Dia tidak menyedari bahawa buah-buahan itu beracun dan terus memakannya. Dia benar-benar menyesal kerana akan mati kerana keracunan.

Yetian, jika awak mengenali remaja itu dan sedar beliau keracunan dan pada waktu yang sama tahu cara untuk merawatnya, adakah awak akan cuba mengubatinya? Remaja itu kini berusia 30 tahun. Dia tidak memiliki apa-apa. Tiada sebarang rumah, kereta, kebebasan, keluarga, anak-anak ataupun kawan.

Pakaiannya tidak seberapa, dia juga tidak berpelajaran, tidak pandai berfikir dan tiada peluang meninggalkan negaranya serta juga tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan adik beradiknya. Dia langsung tidak memiliki apa-apa. Beliau cuma menaruh satu harapan kecil... bahawa keluarga dan masyarakat akan mengampunkannya dan memberi peluang kepadanya untuk mengubah hidupnya.

Tamak dan diracun Yeetian, saya pernah menjadi jahat dan sentiasa bergaduh. Saya tidak mempunyai matlamat dalam hidup dan hanya mahu mendapat wang yang banyak bagi menikmati hidup ini. Saya juga mahu ibu saya hidup dengan senang. Saya tamak dan justeru, saya diracuni. Namun, saya telah bertaubat dan benar-benar insaf. Saya terharu juga apabila difahamkan tidak kurang 100,000 orang telah menandatangani surat rayuan agar saya diampunkan.

Saya amat menghargai sokongan itu. NONESaya umpama dilahirkan semula apabila saya mempelajari falsafah agama Buddha. Sebelum ini, saya bukan benar-benar hidup meskipun bernyawa. Jika seseorang membuat kesilapan ataupun kesalahan, maka undang-undang mensyaratkan bahawa mereka sepatutnya dihukum. Saya memahami hakikat itu.

Jadi, jika seseorang itu mahu mendapatkan penawar akibat racun yang dimakannya itu, beliau hanya boleh menginsafi perbuatannya dan berdoa kepada tuhan. Yeetian, di sini, semua orang telah diracun. Jika mampu dan terdaya saya mahu merawat dan menyembuhkan semua mereka.

Berbalik kepada tajuk dadah dan saya. Bagi saya, dadah sesuatu yang asing tetapi ia mengubah kehidupan saya. Saya sedari bahawa abang saya Yun Leong telah menulis kepada Presiden Singapura merayu keampunan supaya saya tidak digantung. Beliau juga telah menceritakan pembabitan saya dengan dadah. Ketika itu, saya benar-benar jahil, malah saya benar-benar percaya meskipun ditangkap saya tidak akan mati. Jadi tanpa teragak-agak, saya menjadi 'keldai dadah' dan membawa benda terlarang itu ke Singapura, sebuah negara yang amat mematuhi undang-undang. Akibatnya saya tertangkap dan hanya boleh mempersalahkan diri sendiri.

Hati ibu berkecai. NONESepanjang dua tahun lalu dan terima kasih kepada peguam-peguam yang menjelaskan kepada saya berhubung undang-undang dengan dadah, akhirnya saya memahami betapa seriusnya kesalahan saya. Saya kini mempelajari bahasa Inggeris dan mampu memahami lebih baik hujahan peguam saya dan undang-undang berkaitan kes saya.

Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan penjara kerana membekalkan saya dengan sebuah kamus. Terdapat ramai orang muda yang sanggup menjadi keldai dadah kerana ia membawa pulangan yang cukup lumayan. Mereka ini sama seperti saya satu ketika dahulu; kerana tamakkan wang saya bersetuju melakukan perkara berkenaan.

Minda saya bukan sahaja jahil tetapi juga tidak matang dan saya cukup naif. Saya gagal menyedari apabila kita menjadi keldai dadah, bukan wang ringgit yang menjadi pertukaran. Sebaliknya, apabila dihumban ke penjara, apa yang saya perolehi sebagai ganti adalah hati seorang ibu yang berkecai, kebimbangan keluarga, cemohan masyarakat dan hukuman oleh kerajaan. Inilah keadaan yang dihadapi saya sekarang. Saya adalah contoh terbaik. Di sini, saya benar-benar insaf. Mujur ia belum terlalu lewat. Mujur juga bagi ibu saya yang telah melihat diri saya yang baru.

Mujur juga bagi keluarga saya yang tidak perlu rungsing mengenai saya lagi. Setiap insan dilahirkan baik. Ia mengambil masa tiga tahun bagi saya menjadi baik tetapi hanya tiga hari untuk menjadi jahat. Memulakan kehidupan baru lebih berharga daripada segala-galanya. Baik la, saya terpaksa berhenti di sini. Dalam menulis surat-surat ini, saya mendapat keyakinan baru dalam hidup dan berharap dapat terus berkongsinya dengan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.. Vui Kong 1/5/2011.


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Dia dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

(Diangkat dari Malaysiakini/IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails