Shah Alam 31 Mei 11: Dialog antara agama ini adalah suatu program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.
Demikian penjelasan dari pemimpin majlis anjuran Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut beliau lagi, program ini diadakan di Selangor yang sentiasa dicetuskan dengan isu agama. Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.
140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibadat di Selangor menyertai program dialog antara agama tersebut. Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Dr Halimah. Kerana program ini adalah program hebat kerajaan Pakatan Rakyat yang perlu dikembangkan bagi membanteras api perkauman yang sedang ditiup oleh puak-puak tertentu demi mempertahankan kuasa politik di hujung tanduk mereka di kalangan masyarakat berbagai kaum dan bukan beragama Islam, du negara ini.
Bagus ni, satu usaha yang boleh merapat semua penganut agama untuk memahami dan menghormati kepercayaan masing-masing dan menjadikan ianya satu modal hidup yang perlu untuk generasi akan datang tidak terpinga-pinga melihat agama masing-masing menjalankan ibadat agama mereka.
ReplyDeleteSokong.
ReplyDelete