Tuesday, May 31, 2011

Isu Agama Dicetuskan Oleh Beberapa Pihak -Dr Mujahid

Gambar Atas: Sebahagian dari 140 ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liudalam majlis tersebut. Bawah: Dr Mujahid.

Shah Alam 31 Mei 11: Kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Tegas Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof, dalam majlis dialog antara agama, anjuran Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor di sini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Parit Buntar meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman. Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

Manakala Dr Mujahid Yusof pula menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi, seperti yang disebutkan di atas. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails