Tuesday, May 17, 2011

Kalau Anwar Dipenjara... Bagaimana PKR, PR, Rakyat??



KL 17 Mei 11: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah membela diri bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Anwar. Katanya, mahkamah mendapati Mohd Saiful asaksi yang boleh dipercayai dan berwibawa serta keterangannya selaras dengan keterangan doktor pakar bahawa berlaku penetrasi zakar dan mangsa berada di tempat kejadian seperti yang disebut dalam pertuduhan.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan, memberi keterangan bahawa dia berada di kondominium berkenaan setelah menghantar dokumen untuk tujuan mesyuarat yang dihadiri Anwar antara masa kejadian itu pada hari terbabit.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

“Berdasarkan bukti dikemukakan, pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen pertuduhan adalah saling berkait. Saya mendapati kes prima facie adalah seperti yang diperuntukkan bawah Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah,” kata Mohamad Zabidin.

Menurut beliau, tiada sebab untuk mahkamah menolak bukti yang dikemukakan pendakwaan dalam kes liwat ini. Mohamad Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun depan untuk Anwar membela diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai pemerhati politik berpendapat keputusan itu sudah dijangka sebagai usaha untuk memenjarakan Anwar sekali lagi. Ini bermakna Anwar mempunyai tiga pilihan iaitu..
  • pertama, bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.
  • Kedua, Anwar perlu menjawab dari kandang tertuduh. Sekiranya ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.
  • ketiga, Anwar mempunyai pilihan untuk berdiam diri.

Soalnya, apa yang PRR dan Pakatan boleh dan akan buat, kalau Anwar dipenjarakan? Apakah ia akan menjejaskan parti pembangkang, atau menjejaskan demokrasi pilihan raya? Atau menjatuhkan BN ?? (IH)

Lihat perancangan berikut..

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

4 comments:

goodlistener said...

jgn sokong peliwat..berdosa

Anonymous said...

penjara ni pun dah dikira ringan,kalau zaman nabi lut dulu dibalikkan bumi oleh allah taala,nauzubillah....sembahyang hajat kita telah ditunjukkan oleh allah kebenarannya,allah tunjukkan kes saiful,kes video seks dengan pelacur,,jadi tunggu apa lagi...allah maha kuasa.takbir

Ali Mahmud said...

Lagi, penulis upahan UMNO mengacau... Nak buat macam mana, kerja kamu sebagai barua, pecacai UMNO...

anti munafik said...

barua umno jangan menyibuk kat sini tapi aku lebih percayakan mat sabu dari seorang tu yang asyik kata konspirasi,konspirasi,konspirasi, fitnah,fitnah,fitnah tetapi hakikatnya penafiannya itu adalah fitnah...allah bersama orang yang benar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails