Saturday, May 07, 2011

K/Video Lady Gaga US$9.8J, Hina Kristian Pula?


Salah satu adegan dalam klip video terbaru Lady Gaga yang berjudul Judas.

HALAMAN HIBURAN

NEW YORK - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga terus menimbulkan kontroversi apabila berlakon sebagai pelacur yang berubah watak kepada Mary Magdalene dalam klip video terbarunya, Judas, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 24 tahun tersebut muncul dalam klip video berdurasi tujuh minit itu lengkap berpakaian seperti Mary Magdalene versi moden sambil menunggang motosikal. Mengikut kepercayaan Kristian, Mary Magdalene merupakan wanita yang dapat melihat Nabi Isa selepas kematiannya.

Klip video itu melibatkan kos produksi keseluruhan sebanyak AS$9.8 juta (RM29.4 juta). Selain klip video tersebut yang menerima banyak cemuhan, lirik Judas juga difahamkan menyebabkan timbulnya sikap kurang senang dalam kalangan beberapa pertubuhan agama di AS termasuk Persatuan Katholik dan Hak Sivil.

Lady Gaga bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak melihat Judas sebagai lagu dalam konteks keagamaan.

"Ia adalah metafora dan bukan bertujuan memberi pengajaran tentang kitab Injil," jelas Lady Gaga tentang kontroversi klip video yang diarah oleh Laurieann Gibson itu kepada laman E! baru-baru ini.

Awal Mac lalu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta mengejutkan peminat apabila berlakon sebagai ibu yang melahirkan makhluk asing dalam klip videonya, Born This Way. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails