Sunday, May 01, 2011

Lagi Budaya Londeh Seluar Dalam LRT


RATUSAN penumpang LRT bawah tanah (subway) New York, dengan santai melondeh seluar atau gaun pada hari minggu awal Januari lalu. Mereka mengambil bahagian dalam acara perlihatkan kaki secara spontan, meskipun pada suhu rendah membeku.


Memperingati tahun ke-10 "No Pants Subway Ride", ditaja oleh Improve Everywhere itu, menampilkan ratusan penumpang LRT di New York. Mereka melondehkan pakain luar dari pinggang ke bawah, walaupun masih memakai jaket, syal, penutup telingga dan pakaian musim dingin lainnya, bagi bahagian atas tubuh mereka.


Bila petang hari, penumpang di enam titik pertemuan New York itu, yang terpisah di seluruh kota pun naik ke LRT ditentukan. Mereka bergabung berperilaku biasa seperti membaca majalah atau melihat sekitar, dalanm keadaan separuh telanjang.


Begitu pintu ditutup di perhentian sebelum mereka turun, peserta diminta berdiri, melepaskan rok dan seluar, kemudian memasukan ke dalam ransel dan tas.

"Jika ada yang bertanya mengapa kamu lucut seluar kamu, beritahu mereka seluar atau rok itu makin tak sedap memakainya." Demikian instruksi yang disampaikan via e-mail kepada peserta.

Bila mereka keluar dari LRT itu, semua peserta berdiri sesaat di sebuah tempat khas di jaringan bawah tanah, demi memberikan efek kejutan maksimum bagi sesama penumpang.


Itu budaya baru yang ingin dipasarkan ke seluruh dunia. Setakat ini sudah banyak negara yang mengikutinya, seperti Jepun dan Taiwan. Ada ke, pengikut tulinya di Malaysia ini? (Sumber Compas. NewYork/IH)

Lihat sebelum ini...

4 comments:

Anonymous said...

tak mustahil tak lama lagi, ada kat malaysia sebab sekarang nipun, pemimpin buat maksiatpun tak kisah, jadi takyahlah nak ambil kisah hal macamni. ingat pemimpin akan menjadi tauladan, rupanya pemimpin boleh tapi rakyat x boleh. dunia-dunia kita la tu.

Anonymous said...

tak mustahil tak lama lagi, ada kat malaysia sebab sekarang nipun, pemimpin buat maksiatpun tak kisah, jadi takyahlah nak ambil kisah hal macamni. ingat pemimpin akan menjadi tauladan, rupanya pemimpin boleh tapi rakyat x boleh. dunia-dunia kita la tu.

Anonymous said...

orang zaman batu dan tinggal di gua lagi bermoral drp manusia zaman moden terutama di Barat

Anonymous said...

Ibnu Hashim dan berita sex tak boleh dipisahkan....inikah konsep kewartawanan PAS? Lama tak ada berita sex, berita bulan January dikorek balik......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails