Pesta dedah...
BARU sahaja melahirkan anak pada 30 April lalu, nama penyanyi Mariah Carey tercalar apabila dia dilaporkan mengambil alkohol dan dadah ketika berada di hospital. Lapor berita hiburan hari ini.
Rentetan hal itu, pihak Agensi Perlindungan Kanak-kanak dan Keluarga sedang menyiasat tentang kegiatan Mariah untuk mengesahkan tentang khabar tersebut. Bagaimanapun, suami Mariah, Nick Cannon membuat penjelasan bahawa isterinya tidak mungkin mengambil alkohol dan dadah lebih-lebih lagi di hospital.
"Baru-baru ini, pihak perlindungan kanak-kanak telah dipanggil ke hospital untuk membuat siasatan dimana terdapat pesakit mengambil alkohol dan dadah.
"Pada pendapat saya, hal itu adalah satu perkara yang tidak logik dan macam mana pihak hospital boleh membenarkannya?
"Disebabkan hal itu, nama Mariah turut tercalar sedangkan dia tidak mengambil kedua-dua benda itu," tegas Nick.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya bukan alkohol dan dadah sahaja yang mencalar dan merosakkan artis, bahkan 'dedah' juga. Dedah dada dan segala macam yang menarik ke arah seks bebas, adalah penyakit masyarakat yang perlu dihindari. Apa lagi dalam negara yang mengaku Islam seperti Malaysia.. Otak-otak pemimpin negara juga perlu dibasuh supaya memikirkan ke arah kebaikan ini, ke arah masyarakat madani... (IH)
No comments:
Post a Comment