Friday, May 20, 2011

'Ningen', Makhluk Antartika Macam Manusia..

[antarctic_humanoid_5.jpg]

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

BEBERAPA tahun terakhir ini, riuh desas-desus di Jepun mengenai wujudnya raksasa bentuk kehidupan humanoid menghuni perairan ais Antartika. Dilaporkan diamati berkali-kali oleh anggota awak atau kelasi kapal pemerintah, yang melakukan “penkajian paus”.

Ia disebut “Ningen” (lit. “manusia“). Dikatakan sepenuhnya berwarna putih dengan panjang sekitar 20 hingga 30 meter. Saksi mata menggambarkan mereka sebagai memiliki bentuk seperti manusia. Seringkali dengan kaki, lengan, dan bahkan ferdapat lima jari tangan. Kadang-kadang mereka digambarkan memiliki sirip, seperti ekor puteri duyung bukannya berkaki. Yang hanya dapat dilihat bahagian wajah seperi mata dan mulut.

[antarctic_humanoid_4.jpg]

Menurut sumber, anggota awak di dek kapal mengamati sebuah benda yang mereka fikir awalnya kapal selam asing di kejauhan. Ketika mereka mendekat, bagaimanapun, menjadi jelas dari bentuk yang tidak teratur dan itu bukan buatan manusia. Ia rupanya hidup dan jenis makhluk yang dengan cepat boleh menghilang di bawah air.

[antarctic_humanoid_2.jpg]

Sebahagian besarnya menganggap, kewujudan Ningen ini sebagai sebuah legenda. Banyak informasi tentang makhluk yang diisukan ini dapat ditelusuri kembali ke serangkaian posting di forum 2channel. Laporan ditulis oleh seseorang yang menggambarkan pengalaman seorang temannya bekerja dengan pemerintah di kapal pengkajian dan penelitian mengenai ikan paus.

Thread yang populer menarik perhatian pembaca dari luar komuniti 2channel, dan edisi November 2007 MU majalah, terbitan negara Jepun tersebut. Majalah yang dikhususkan untuk mempelajari fenomena paranormal, dan menampilkan artikel tentang humanoids Antartika.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmi8pRTUC2WGs-Skv6yM3rSF35kB2HwHnmb5faIYLuHg4GtF8ADHRVzcNYbCbRurw_dYcUzfk6EFq2A8JpuxV4jQUiQV8DQ-o1446lw_Y6UhUOlAxSy03oceyz-3KEVZXEgULKaBMtV_3m/s320/antarctic_humanoid_1.jpg

Image at Google Maps

Artikel ini berspekulasi tentang kemungkinan makhluk-makhluk tidak dikenal yang menghuni laut selatan. Ini termasuk screenshot Google Maps yang menunjukkan apa yang nampak seperti Ningen di Lautan Atlantik Selatan melepasi pantai Namibia. Hingga kini, masih belum ada bukti kuat bagi mengesahkan kewujudan Ningen ini. Pemerintah diyakini menyimpan catatan detail mengenai penglihatannya, tetapi telah ditolak. Tidak ada informasi kepada awam dan dilaporkan, saksi mata diperintah supaya tetap diam.

Dua video dakwan menunjukkan Ningen di bawah air telah diposting di YouTube.

Videos for you tube Ningen

- Report videos
NINGEN
10 sec - 4 Nov 2006
Uploaded by kdtsk

youtube.com

Ningen menampakkan dirinya paling sering pada malam hari, membuat pengkajinya semakin sukar untuk foto. Pada gambar diam, cryptids laut biasanya hanya nampak seperti gunung ais, walaupun yang kecilnya dikatakan seperti kulit manusia. Dapat dilihat bila foto-foto yang diperbesar. Dalam setiap kes, tidak ada foto-foto yang meyakinkan masyarakat awam telah dilakukan.

Mungkin kerana seperti pendapat beberapa pihak, bahawa pemerintah tidak berminat mengundang kerja-kerja pengawasan sepatutnya dan menodai reputasi ilmiah dari program penelitian ikan paus. Atau memang kerana makhluk itu sebenarnya tidak ada!

Walau apapun, ia tetap termasuk dalam rangka usaha mengungkap rahsia dari Yang Maha Agung. Wallahu' aklam. (IH)

Lihat lagi...

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails