Presiden AS, Barrack Obama dijangkakan akan membuat pengumuman mengenai perkembangan kejadian itu nanti.
Dua pegawai kanan anti keganasan mengesahkan bahawa Osama terbunuh dalam serangan darat di Pakistan pada minggu lepas, dan bukannya melalui serangan udara oleh pesawat Predator.
Kedua-dua pegawai tersebut memberitahu, operasi itu berasaskan maklumat daripada agensi risikan AS dan mereka juga memberitahu, AS mempunyai mayat Osama.
Pegawai AS percaya Osama, yang merupakan individu paling dikhendaki di dunia bersembunyi di daerah pergunungan di sepanjang sempadan Pakistan-Afghanistan.
Pegawai tersebut bercakap tanpa mendedahkan identiti mereka kerana enggan mendahului kenyataan yang akan dibuat oleh Barrack.
Perkembangan terbaru itu dibuat dalam beberapa bulan sebelum ulang tahun ke-10 serangan terhadap WTC dan pejabat pertahanan AS, Pentagon di sini yang didalangi oleh kumpulan pengganas, Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama.
Serangan tersebut menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh.
Serangan itu kemudiannya mencetuskan serangan lain daripada AS terhadap Afghanistan, dan Iraq manakala keseluruhan Jabatan Perisikan AS dirombak bagi menangani serangan keganasan.
Al-Qaeda juga dipertanggungjawabkan atas serangan bom di dua kedutaan AS di Afrika pada tahun 1998 yang membunuh 231 orang dan juga serangan terhadap Kapal USS Cole yang mengorbankan 17 kelasi AS di Yemenserta pelbagai serangan lain. -AP
Pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden dalam visual yang diambil daripada video yang dibekalkan kepada Reuters pada 11 September 2007. Beliau dilaporkan terbunuh di sebuah rumah agam yang terletak di Islamabad, menurut sumber Amerika Syarikat. REUTERS
Lihat sebelum ini..
- Osama Laden Meninggal Dunia. Obama Akan Umumkan
- Osama Laden, WTC & Misteri Angka 11.... Betul Ke??
- Rumah Putih Sepatutnya Dibebaskan -Osama Laden.
- Osama Laden Perlu Ditangkap Atau Dibunuh, Kalau tidak...
- Strategi Osama Laden Di Zaman Nabi...
- 'Emirat Islam Abyan', Diisytiharkan Negara Al-Qaeda Di Yaman.
- Muzakarah: Tulisan Ibnu Hasyim Pembuka Minda? - Al-Banjari
- Osama Hidup Selesa Di Pakistan. AS Mulut Lebar Saja.
- obama lawan osama, kita di mana?
- Ibnu Hasyim: Khadafi Pemimpin Gila -Al-Qaeda
- RM3.2 Trillion Alasan AS Jajah Afghanistan?
- A/Adha: Hudaibiyah, Muncul O/Laden Zaman Nabi..
No comments:
Post a Comment