Thursday, May 19, 2011

PAS: Tuan Ibrahiin, Perubahan Di Bawah Ulama?

Atas: Tuan Ibrahim & bawah: Muhamad Sabu.
petrol price hike protest 2 100306 mat sabu
KL 19 Mei 11: Malaysiakini melaporkan, perebutan kerusi timbalan presiden PAS dilihat akan lebih mendebarkan sekiranya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berubah fikiran dengan turut bertanding dalam pemilihan kali ini.

Menurut pemerhati politik, sekiranya perkara itu jika berlaku hampir pasti menyebabkan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Mohamad, Tuan Ibrahim dan penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

"Mohamad tidak akan berkompromi dengan sesiapapun. Mohamad tidak akan tarik diri. Tuan Ibrahim atau Nasharudin yang sepatutnya berkompromi," kata pemerhati politik.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ujian sebenar bagi Mohamad apabila beliau dilihat tidak lagi relevan dengan penyertaan Tuan Ibrahim. "Mereka (kawasan) kemukakan (pencalonan kepada) Tuan Ibrahim sebab tidak berpuashati dengan Nasharudin," katanya.

"Jadi Mohamad relevan bertanding sebab hendak menyingkirkan Nasharudin. Tetapi jika Nasharudin menarik diri, (dan) Tuan Ibrahim bertanding, status Mohamad sudah tidak relevan."

Jika Tuan Ibrahim tidak mahu menawarkan diri, Mohamad mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan itu. Majoriti sokongan kepada Tuan Ibrahim dilihat akan berpindah kepada Mohamad jika tokoh ulama itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak bertanding. Dalam pemilihan dua tahun lalu, Mohamad dalam percubaan pertamanya tewas dalam pertembungan tiga penjuru.

Nasharudin menang dengan memperolehi 480 undi. Manakala Husam mendapat 281 undi, sementara Mohamad meraih 261 undi. Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok menang disebabkan wujudnya pecah undi antara Husam dan Mohamad. Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin telah mengumumkan pendirian mereka bertanding jawatan berkenaan. Tuan Ibrahim pula telah menolaknya dan hanya mahu mempertahan jawatan yang disandangnya.

Bagaimanapun, terdapat desakan berterusan daripada anggota akar umbi yang mahukannya turut serta. Kesemua pihak dikehendaki membuat pengesahan sebelum 26 Mei ini. Seramai enam mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu. Selain tiga pemimpin itu, turut layak Menteri Besar Kedan Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahudin Ayub dan exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa.

Kata seorang penganalisis politik kepada Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

"Saya rasa Nasarudin boleh berunding dengan Tuan Ibrahim, yang mungkin sesuai.. Sama-sama dianggap mempunyai latar belakang agama yang menjadi trend sokongan, pemikiran perwakilan PAS masa kini."

"Perwakilan juga mahu perubahan, tetapi biarlah golongan agama menerajuinya... Ramai yang bimbang, berlaku perubahan di luar jangkauan ulama.. Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru Ustaz Nasa, Tuan Brahim & Mat Sabu, besar kemungkinan golongan pro ulama tidak akan menang, kerana undi meraka pecah..." (IH)

Ikuti dari awal..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails