Monday, May 09, 2011

Pusat Sukan Tanpa Pakaian, Pendekatan Baru Bisnes


Madrid Mei 11: Pusat sukan tanpa pakaian, merupakan pendekatan baru dalam bisnes. Demi menarik minat pelanggan, sebuah pusat segarbugar di Sepanyol membuat idea berbeda. Di kota Arrigorriaga, 'Easy Gym' membuka pusat segarbugar, yang mewajibkan semua pengunjungnya bersukan tanpa sehelai benang pun di tubuh.

Idea gila ini muncul setelah jumlah pengunjung pusat segarbugarnya berkurang akibat resesi. Pemilik, Merche Laseca, terpaksa memerah otak untuk memulih keadaan. Terinspirasi dari kolam renang tempatan yang populer, menyebabkan ia pun menawarkan konsep serupa.

"Saya berpendapat semua berkesempatan yang sama seperti yang dilakukan atlet zaman Yunani kuno," ucapnya seperti dikutip dari BBC.

Tradisi nudis dalam sukan didasarkan pada 'Olimpiade' di Yunani, 3,000 tahun silam. Diyakini, masa itu setiap orang yang ikut serta tidak mengenakan pakaian berdasar bukti tertulis dan artefak kuno Yunani. Meski begitu, ia menegaskan konsep itu semata-mata untuk tujuan ekonomi.

Pusat sukan tanpa pakaian, kini sedang marak. Di New York, kelas yoga tanpa pakaian juga tengah populer. Kelas yoga ini diikuti oleh wanita, lelaki, bahkan kanak-kanak. Namun, banyak pula yang memilih melakukan yoga tanpa pakaian di rumah masing-masing.

Banyak alasan mengapa seseorang melakukan latihan yoga dalam keadaan tanpa pakaian. Salah satunya, kerana memberikan pengalaman berbeda. "Hasilnya memang tidak selalu lebih baik jika dibandingan dengan berpakaian lengkap. Namun, banyak orang lebih menikmati kebebasan yang lebih besar dalam keadaan tanpa pakaian," kata Aaron Star, yang pertama kali memperkenalkan 'naked yoga'. (IH)

6 comments:

  1. haramjadah. mukaddimah mesti cerita lucah. nampak macam penyokong PAS. Sokong najib dan rahim tambi chik la lagi baik.

    ReplyDelete
  2. kat mana lucahnya cerita ni...? ini cerita manusia gila yang sedang berlaku di seluruh dunia...ada kemungkinan bakal berlaku di negara kita...kalau tak tahu kita tak peka...kenapa maki haramjadah macam tu??? nama saja mohamad ! tak ada akai!!!

    ReplyDelete
  3. Ini berita, bukan lucah. Rupanya otak dia yang lucah. Macam otak Najib, Tambi, pengedar & penaung filem lucah..

    ReplyDelete
  4. Si Mamat tu baca tajuk, ingat ada gambar bogel, rupanya tak ada.. Tu sebab dia marah.

    ReplyDelete
  5. Kalau tak tahu jangan komen, nak tak cerdik..

    ReplyDelete
  6. mohamad ni memang kaki seks.dia baca tajuk lepas naik stim.bila buka takdak apa2tu yg dia marah tu.......

    ReplyDelete