Thursday, May 19, 2011

Sakit Jantung Wujud Di Zaman Firaun & Nabi SAW.

GAMBAR yang disiarkan menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.

KESIHATAN

PARIS: Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.

Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an. Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.

"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu. Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis. Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun. Bahkan dalam sejarah Islam, dan beberapa tafsir Al-Quran yang menceritakan ancaman Allah Taala kepada kaum Quraisy yang menzalimi rakyat waktu itu. Apa yang diancamkan itu benar-benar berlaku.

Antaranya, pemuka-pemuka Quraisy yang menentang perjuangan Islam pimpinan Nabi SAW seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Abu Lahab bapa saudara Nabi telah tewas. Abu Jahal dan Walid mati dalam peperangan Badar. Abu Lahab mati kerana serangan jantung apabila mendengar berita kekalahan puak barisan nasional asobiahnya dalam Perang Badar melawan parti Islam pimpinan Nabi SAW.

Jadi, terbukti juga sakit jantung sudah ada di zaman Nabi SAW. (IH)

3 comments:

  1. Ilmu kesihatan pun nak dipolitikkan juga.. Apa punya blogger?

    ReplyDelete
  2. Ha..ha.. Saya suka sinis santai dalam perenggan2 terakhir.

    Bagi yang kurang faham dengan seni penulisan, janganlah serius sangat. Ia cuma sentuhan ringan saja. Hidup biar ceria.

    ReplyDelete
  3. betul tu tuan Yanaam. itulah seni dalam penulisan. syabas ibnu hashim..

    ReplyDelete