Sunday, May 22, 2011
Sebak.. K'tan Model Nagara Lain -Ulama Aceh
KOTA BHARU, 22 Mei 11: Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Tgk Fakhruddin Lahmuddin (gambar kanan) tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.
Beliau menyeru rakyat Kelantan mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Katanya sejak 21 tahun lalu, Kelantan yang dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.
“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.
“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.
Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku. Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.
“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sejak 21 tahun lalu, Kelantan yang dipimpin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh. Cuma UMNO di negara sendiri yang tidak pandai menilainya, bahkan menjadi penentang nombor wahid. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO al Porno adalah lambang kemunafikan masa kini.
tok guru sentiase trbaik
Post a Comment