Thursday, May 05, 2011

Skirt: K/Belia & Sukan Patut Bantah BWF -PMIUM

KAMPUS

SAYA mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Rohayu Rusli,
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

3 comments:

askYourSelf??? said...

Apakah dengan cara membantah sahaja dapat melepaskan wanita-wanita ini daripada cengkaman 'buaya-buaya' darat?
Isu Badminton:
Apakah salahnya memakai skirt kalau dalamnya memakai seluar pendek?
Nak perjuangkan slogan menutup aurat?
Apakah saudari tidak tahu kenapa sukan diadakan di seluruh dunia? Pernahkah saudara mencari maklumat mengenai latar belakang setiap atau sebahagian sukan yang diadakan? Tahu tak siapa orang-orang yang mencipta sukan? Cuba saudara kaji siapa pelopor industri pakaian, alat permainan sukan-sukan ini.
Isu Pakaian dalam Budaya Malaysia:
Mungkin saudari maksudkan pemakaian Masyarakat Melayu. Saya lihat masyrakat Cina atau lain-lainnya tiada masalah tentang isu pemakaian. Mereka lebih gemar berpakaian seksi.Percaya tak saudara kalau Pihak HEP Universiti tidak mengawal polisi pemakaian, tentu pelajar/kawan Cina/India kita berpakaian seksi? Saya percaya isu pakaian cuma masalah orang-orang Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam. Tetapi banyak belia-belia Melayu sudah mula berjinak dengan budaya Barat.
Isu Video Lucah:
Nak salahkan siapa? Media? Cuba saudara kaji apakah tujuan industri media ditubuhkan? tentu saudari faham maksud disebalik motifnya.
Isu diskriminasi:
sebenarnya memang tidak dapat dinafikan badan-badan wanita yang molek sentiasa menjadi target. tetapi milik kepada siapakah badan-badan itu? Bukankah tanggungjawab wanita tersebut yang seharusnya menjaga aset diri mereka?
Kesimpulan:
Dalam penulisan Saudari, anda lebih gemar menuding jari ke sana-sini tanpa menyiasat punca utama kepada masalah2 yang ditulis. Menyalahkan orang lain itu lebih mudah dan lebih mudah lagi dengan mengatakan keburukan orang lain.Tiada satu pun idea2 tentang langkah2 yang patut diambil untuk menyelesaikan isu2 tadi daripada Saudari. Apakah mendesak, membantah, mengumpat, menuding jari, complaining itu langkah2? Apakah ayat ini memaksudkan diri saudara :
"Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju." !?

Anonymous said...

s'patutnye letak gambar PMIUM, baru nampak siape yg ko wakili.nie lain plak gambarnye. nie mesti kes syok gambar sendiri.Perasan b'kaliber. mirror pleaz!

haikal said...

Isu Badminton:
pakai seluar pendek masih tidak menutup aurat. seeloknya untuk perempuan tidak menjadi tayangan dibuat dalam dewan tertutup.niat saudari memang best.askyourself tidak patut persoalkan niat nak tutup aurat.islam tidak pernah mengharamkan sukan.
Isu Pakaian dalam Budaya Malaysia:
selagi boleh control pemakaian semua rakyat kenapa tidak perlu dilaksanakan?
Isu Video Lucah:
media salah satu badan yg perlu bertanggungjawab.kenapa tidak?
Isu diskriminasi:
tanggungjawab wanita untuk menjaga aset.lelaki juga bertanggungjawab menundukkan pandangan.
rasa:mendesak mampu mengubah keputusan.

bersetuju dgn anonymous namun tidak perlu bersangka buruk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails