KL 4 Mei 11: “Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai?" Tanya Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Berikutan tindakan ahli perniagaan Datuk Sahzryl Eskay Abdullah mengambil sumpah laknat mengenai video lucah yang ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan al-Quran, lapor TV Selangor. "Biar dia jawab.”
“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai." Kata Abdul Hadi sebelumnya.
“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.
Jelas Abdul Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan. Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas. Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.
Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar. Anwar menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat. Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.
Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama. "Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," kata Anwar.
Weblog Ibnu Hasyim mengulas sindiran Tok Guru Abdul Hadi, "Jawabnya, kerana UMNO menolak perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, walaupun Perlembagaan Malaysia Perkara 3, Islam Agama bagi Persekutuan. Al-Quran hanya digunakan dan diperalatkan untuk meyakinkan fitnah yang mereka buat. Itulah perangai puak-puak UMNO yang dilindungi oleh bos-bosnya.. " (IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
No comments:
Post a Comment