Friday, May 06, 2011

Tarikh P'raya: Tahyul Najib Dengan Angka 11?

KL 6 Mei 11: Adakah yakin dengan keistimewaan angka 11 itu termasuk tahyul? Berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

NONEBagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. "Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah..

  • Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922,
  • ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933,
  • hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan,
  • dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
  • Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986)
  • dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
  • Skim Rumah Pertamaku
  • Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Gambar di atas, PM juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM. Apakah tarikh angka 11 PRU 13 termasuk dalam catur politik beliau? (IH)

Lihat rahsia angka 11 sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

pelik, takde pun DS Najib cakap dia percaya angka 11??? dia cuma ulas pasal ramalan wartawan yg tanya dia tu..

camne lah ahli PAS yg bertaraf Ustaz macam tuan ni boleh buta mata hati semata2 kerana politik sempit?

sedih betul... =(

Anonymous said...

Baca sebaik-baiknya, penulis ini pun tidak mengatakan Dato' Seri Nagib tahyul. Aku pun Umno juga.. adillah dalam menghukum..

Jangan terlalu mengikut perasaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails