SCHWARZENEGGER... tangan panjang, raba punggung, berzina...
NEW YORK: Selain bernafsu terhadap pembantu rumahnya, Arnold Schwarzenegger juga dilaporkan pernah mengusik adik dan ibu wanita terbabit. Menurut sumber, pelakon Predator itu menggaji tiga beranak, Mildred Baena, 50, Miriam, 48, dan Evelyn, kini 76, sebagai amah.
Kata sumber itu, setiap seorang daripada wanita terbabit pernah diraba Schwarzenegger ketika bekerja membersihkan rumah bekas Gabenor California itu.
“Schwarzenegger memang dikenali kerana gemar menyentuh punggung mereka ketika wanita terbabit bekerja.
“Mildred sendiri menceritakan perkara ini,” katanya.
Sumber berkenaan berkata, walaupun Evelyn lebih tua berbanding Schwarzenegger, bekas jaguh bina badan dunia kelahiran Austria itu tetap bernafsu.
Semalam, The Sun melaporkan, Mildred - yang melahirkan anak hasil hubungan sulitnya dengan Schwarzenegger - menganggap aktor itu “bertangan panjang” kerana suka meraba pekerja wanitanya. Mildred diambil bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood selepas diperkenalkan Evelyn dan hanya berhenti berkhidmat selepas 20 tahun.
Sementara itu, sumber lain berkata, Miriam bersimpati terhadap nasib isteri Schwarzenegger, Maria Shriver, 55, yang dicurangi.
“Sejak sekian lama Maria akrab dengan Mildred dan sama sekali tidak mengetahui anak lelaki yang dibesarkan itu adalah daripada benih suaminya,” katanya.
Schwarzenegger, 63, dilaporkan pernah membawa anak luar nikahnya itu bercuti bersama keluarganya tanpa disyaki sesiapa pun. - TS
Nak tahu di Malaysia, teliti gambar-gambar ini. Keterangan, lihat komen di bawah.
Gelak begini.. cara pemimpin Islamkah?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hingga awal minggu ini, orang masih mengenal Arnold Schwarzenegger sebagai tokoh hebat. Dia berjaya jadi bintang filem Hollywood dan bertahan selama tujuh tahun menjadi gubernur negara bahagian California, Amerika Syarikat (AS).
Namun, Schwarzenegger akhirnya membuat pengakuan yang mencengangkan. Dia dikatakan mengkhianati isterinya yang cantik dari keluarga terhormat, Maria Shriver. Tidak hanya itu, sehingga memiliki 'anakharam' dan hubungan mereka tertutup rapat selama lebih dari sepuluh tahun. Menurut media massa AS, kecurangan itu berlaku dengan bekas pembantu rumah Schwarzenegger sendiri.
Itu sebabnya dalam Islam, pemilihan kepimpinan amat penting dinilai melalui peribadinya dan perjuangannya. Tidak terpisah antara sikap peribadi dengan politik, seperti yang berlaku di barat. Tidak berpisah agama dengan politik. Tidak layak jadi pemimpin orang yang jelas melakukan dosa besar atau berkekalan dengan dosa kecil.
macamana dengan Dato Seri Anwar Ibrahim?
ReplyDeleteaku rasa kurang seronok bila blog yang nampak macam pro pas komen pasal kisah hidup hisyam masa lampau. kalau itu satu keaiban, sepatutnya dan sewajibnya ditutup. dalam islampun ramai pejuang pada masa silamnya selalu melakukan maksiat. kalau kita asyik mencari dan menyebar keburukan orang, oarang akan melakukan tindakbalas. pas tidak mengajar budaya yang sedemikian.
ReplyDeleteIbnu Hasyim saya ada soalan nak tanya. Katakan pilihanraya kali ini tiada orang yang keluar mengundi.
ReplyDeleteRasa-rasanya apa yang akan berlaku pada sistem demokrasi kita ini?
Kepada Mohamad..
ReplyDeleteAi kes silam Pembangkang Anwar difitnah-bongkar, boleh. Puak agama dalam UMNO tak ajar Najib dan kerajaan ke?
Anon di atas..
ReplyDeleteTanya Ibnu hashim buat apa,tamya lah ketajaan kamu?
Kalau si bodoh UMNO tak keluar mengundi, Pakatan menang. Kamu penulis pengacau upahan tak boleh cari makan lah!
kepada ali mahmud. aku orang pas yang kuat berpegang pada hukum. jangan jadikan alasan perbuatan orang fasik lagi jahil maka kita dibolehkan melakukan perkara yang jelas dilarang. kita berlawan dengan hujjah. bukan masalah bila dia boleh buat, maka kita boleh buat.
ReplyDeleteMohamad,
ReplyDeleteTak baca kah 'bab mengumpat yang harus'tulisan Imam Ghazali. Dalam blog ini pun ada artikelnya.
Itulah hujjahnya.
- kitab Ihya Ulumuddin
- Riadhus Solihin
Kenapa Mohamad pekak telinga? Hujah lawan hujah.
ReplyDeleteAtau pun memang pekak sungguh-sungguh.