Sunday, May 22, 2011

Tokoh/Aktor Terkenal, Rupanya Suka Raba Punggung..

SCHWARZENEGGER... digelar Tangan Panjang.

SCHWARZENEGGER... tangan panjang, raba punggung, berzina...

NEW YORK: Selain bernafsu terhadap pembantu rumahnya, Arnold Schwarzenegger juga dilaporkan pernah mengusik adik dan ibu wanita terbabit. Menurut sumber, pelakon Predator itu menggaji tiga beranak, Mildred Baena, 50, Miriam, 48, dan Evelyn, kini 76, sebagai amah.

Kata sumber itu, setiap seorang daripada wanita terbabit pernah diraba Schwarzenegger ketika bekerja membersihkan rumah bekas Gabenor California itu.

“Schwarzenegger memang dikenali kerana gemar menyentuh punggung mereka ketika wanita terbabit bekerja.

“Mildred sendiri menceritakan perkara ini,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, walaupun Evelyn lebih tua berbanding Schwarzenegger, bekas jaguh bina badan dunia kelahiran Austria itu tetap bernafsu.

Semalam, The Sun melaporkan, Mildred - yang melahirkan anak hasil hubungan sulitnya dengan Schwarzenegger - menganggap aktor itu “bertangan panjang” kerana suka meraba pekerja wanitanya. Mildred diambil bekerja di rumah Schwarzenegger di Brentwood selepas diperkenalkan Evelyn dan hanya berhenti berkhidmat selepas 20 tahun.

Sementara itu, sumber lain berkata, Miriam bersimpati terhadap nasib isteri Schwarzenegger, Maria Shriver, 55, yang dicurangi.

“Sejak sekian lama Maria akrab dengan Mildred dan sama sekali tidak mengetahui anak lelaki yang dibesarkan itu adalah daripada benih suaminya,” katanya.

Schwarzenegger, 63, dilaporkan pernah membawa anak luar nikahnya itu bercuti bersama keluarganya tanpa disyaki sesiapa pun. - TS

Nak tahu di Malaysia, teliti gambar-gambar ini. Keterangan, lihat komen di bawah.

hishamuddinarak

hishamuddinarak3

hishamuddinarak2

Gelak begini.. cara pemimpin Islamkah?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hingga awal minggu ini, orang masih mengenal Arnold Schwarzenegger sebagai tokoh hebat. Dia berjaya jadi bintang filem Hollywood dan bertahan selama tujuh tahun menjadi gubernur negara bahagian California, Amerika Syarikat (AS).

Namun, Schwarzenegger akhirnya membuat pengakuan yang mencengangkan. Dia dikatakan mengkhianati isterinya yang cantik dari keluarga terhormat, Maria Shriver. Tidak hanya itu, sehingga memiliki 'anakharam' dan hubungan mereka tertutup rapat selama lebih dari sepuluh tahun. Menurut media massa AS, kecurangan itu berlaku dengan bekas pembantu rumah Schwarzenegger sendiri.

Itu sebabnya dalam Islam, pemilihan kepimpinan amat penting dinilai melalui peribadinya dan perjuangannya. Tidak terpisah antara sikap peribadi dengan politik, seperti yang berlaku di barat. Tidak berpisah agama dengan politik. Tidak layak jadi pemimpin orang yang jelas melakukan dosa besar atau berkekalan dengan dosa kecil.

Contohnya pemimpin yang pernah berzina, minum arak, tidak sembahyang fardhu, perasuah, berkekalan tidak tutup aurat, membazir wang dan sebagainya. Di Malaysia pun dikatakan ada pemimpin mengaku beragama Islam, yang suka raba punggung wanita bukan muhrimnya. Disitu (ciri-ciri kepimpinan Islam), tarbiah ke arah masyarakat madani yang mementingkan kesejateraan rakyat. (IH)

8 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

macamana dengan Dato Seri Anwar Ibrahim?

mohamad said...

aku rasa kurang seronok bila blog yang nampak macam pro pas komen pasal kisah hidup hisyam masa lampau. kalau itu satu keaiban, sepatutnya dan sewajibnya ditutup. dalam islampun ramai pejuang pada masa silamnya selalu melakukan maksiat. kalau kita asyik mencari dan menyebar keburukan orang, oarang akan melakukan tindakbalas. pas tidak mengajar budaya yang sedemikian.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim saya ada soalan nak tanya. Katakan pilihanraya kali ini tiada orang yang keluar mengundi.
Rasa-rasanya apa yang akan berlaku pada sistem demokrasi kita ini?

Ali Mahmud said...

Kepada Mohamad..
Ai kes silam Pembangkang Anwar difitnah-bongkar, boleh. Puak agama dalam UMNO tak ajar Najib dan kerajaan ke?

Anonymous said...

Anon di atas..

Tanya Ibnu hashim buat apa,tamya lah ketajaan kamu?

Kalau si bodoh UMNO tak keluar mengundi, Pakatan menang. Kamu penulis pengacau upahan tak boleh cari makan lah!

mohamad said...

kepada ali mahmud. aku orang pas yang kuat berpegang pada hukum. jangan jadikan alasan perbuatan orang fasik lagi jahil maka kita dibolehkan melakukan perkara yang jelas dilarang. kita berlawan dengan hujjah. bukan masalah bila dia boleh buat, maka kita boleh buat.

Tak Sokong Mana-mana said...

Mohamad,

Tak baca kah 'bab mengumpat yang harus'tulisan Imam Ghazali. Dalam blog ini pun ada artikelnya.

Itulah hujjahnya.

- kitab Ihya Ulumuddin
- Riadhus Solihin

Anonymous said...

Kenapa Mohamad pekak telinga? Hujah lawan hujah.

Atau pun memang pekak sungguh-sungguh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails