Saturday, June 11, 2011

Agus Salim: Lagi Ditahan ISA

PETALING JAYA: Polis berjaya menangkap semula Agus Salim - yang didakwa pelindung anggota Jemaah Islamiah (JI) - selepas memasuki negara ini menggunakan nama palsu sejak dihantar ke Indonesia pada tahun 2009 kerana melindungi suspek pengganas paling dikehendaki di rantau ini, Mas Selamat Kastari.

Agus, 34, dari Sumatera, Indonesia ditahan di Johor Baru, Isnin lalu semasa bekerja di sebuah restoran. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan tangakapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Salim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2009 selepas disyaki membantu melindungi Mas Selamat yang merupakan suspek kumpulan pengganas berpusat di Singapura yang dikaitkan dengan Al-Qaeda. Mas Selamat berjaya meloloskan diri dari pnejara yang dikawal ketat di Singapura pada tahun 2008 sebelum ditangkap semula pada tahun 2009.

Salim dihantar ke Indonesia pada 2009, tetapi siasatan polis mendapati dia memasuki semula Malaysia menggunakan nama lain beberapa bulan lalu. Difahamkan Salim bekerja di restoran sama sebelum ditangkap pada tahun 2009 dan dipercayai ejen pelindung JI membantu anggota kumpulan itu di Malaysia.

JI dituduh bertanggungjawab dalam letupan Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang kebanyakannya warga asing. (mStar Online)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails