KL 29 Jun 11: Weblog Ibnu Hasyim memohon maaf secara terbuka kepada pengacara Wardina Safiyyah,32, yang diberitakan oleh mStar Online sebentar tadi amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
"Pihak kami melaporkan yang terbaik, tidak berniat buruk. Kami memohon maaf, kalau yang terjadi sebaliknya." kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.
Wardina dilaporkan berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.
“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di Petaling Jaya, Selasa.
Sehubungan itu jelas Wardina dia akan mengadakan sidang media tergempar, Rabu (esok) di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pukul 9 pagi bagi menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan itu.
“Esok saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,” ujarnya.
Jelas Wardina, selama ini dia banyak keluar masuk institusi pengajian tinggi tempatan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar agar menjadi individu yang berguna sebaliknya tindakannya itu cuba dimanipulasikan.
“Apabila orang memberi reaksi yang buruk kepada saya, saya perlu menjelaskannya. Kerana perkara ini benar-benar mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Sementara itu, weblog Ibnu Hasyim telah menyiarkan laporan 'Wardina, Selamat Datang Ke Dunia Politik!' Antaranya mengenai Bersih menyebutkan...
"..Perkembangan ini juga dikatakan bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Kalau beliau memilih PAS, bersediakah Muslimat PAS menerima kedatangan Wardina? Apakah beliau juga dapat membantu dalam pelancaran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?"
"Kata-kata itu hanya, gurau-gurau sikit!!" kata editor weblog Ibnu Hasyim. (IH)
Lihat Sebelum ini...
2 comments:
bila menulis pastikan la ada bukti kukuh dulu baru tulis..setakat gambar je tanpa penjelasan drp tuan punya badan..kan tak pasal2 dah buat fitnah..fikir sendiri la mcm mn dosa bila buat fitnah..
ala pok hasyim demo tulis kisah2 bogel lagi bagusla
Post a Comment