RIO DE JANEIRO - Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin. Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.
Gambar di atas sekali menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu. Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.
Terdapat satu lagi gambar (bawah sikit) yang menunjukkan sebanyak 15 orang lagi berada berdekatan dengan pondok, sebahagiannya melakukan persediaan untuk membaling tombak ke arah pesawat.
"Dunia perlu jaga daripada tidur untuk memastikan wilayah mereka dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika tidak berbuat demikian, mereka akan pupus," kata Pengarah Survival International, Stephen Corry di mana pertubuhannya itu memberikan berusaha melindungi penduduk asli di seluruh dunia.
Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui. Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.
"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior.
"Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.
Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru. Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.
Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.
"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross.
"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.
"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya.
Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International. Sebahagian mereka mungkin tidak pernah mengubah cara hidup yang diamalkan lebih 10,000 tahun lalu.
Sementara itu, di Brasilia, beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.
Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru. Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.
Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain. Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.
"Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.
Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia. Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia. (Demikian dari sumber Agensi)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada bumi yang tidak boleh tertinggal dalam menyampaikan kebenaran dan agama Islam. Hal itu juga menjadi tugas umat Islam yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi. Siapa yang patut menyambutnya? Individu, yayasan, negara dan NGO..
Yang penting, dakwah Islam perlu sampai. Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) telah mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon. (IH)
Lihat sebelum ini...
ada pisau cukur rupanya. macam mana keling mahathir kata tak ada pisau gilette tak boleh bercukur pada zaman nabi?
ReplyDeleteslm tn, scenario tu olok2 dan direka..blh surf utk maklumat penuh..
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeletenak dakwah kdp umno terima hudud lagi susah. banyak alasan merapu utk mengelak.
ReplyDeletebukan kpd org asli amazon saja, org eskimo pun rasanya belum sampai dakwah.
tapi sejuk kat sana, kena belajar cara bersuci kat kutub. puasa mcmana kalau yg 6 bulan siang, 6 bulan malam?
tapi yg pasti tidak susah utk suruh mereka tutup aurat. hihihih
pemandangan yang canik
ReplyDelete