Wednesday, June 22, 2011

Datuk UMNO Ini Ditangkap Khalwat? Oh, Malunya.




GEORGETOWN 20 Jun 11: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd. Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai,” katanya. - Bernama

Lihat berita sebelumnya...

Ini Ahli Umno Yang Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang
Timbalan Ketua Setiausaha KBS didakwa berkhalwat

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar), 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama. Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- Berita Harian

Berita sebelumnya dari Lidah Rasmi UMNO..

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini. Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya. Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan. Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.- Lidah Rasmi UMNO

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, malunya...

Ka’ab bin Ujrah RA. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada;
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka
dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu,
maka ia bukan termasuk umatku,
dan bukanlah aku daripadanya.
Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)."

- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Maksud '
membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka' itu, adalah menyokong partai bukan Islam mereka walaupun bernama Melayu, termasuk mengundi parti itu dan menaikkan mereka. (IH)

Sebelum ini..

4 comments:

  1. Saya rasa kita tak boleh gelarkan penjawat awam 'orang Umno'/'orang Barisan' atau sebagainya, saya sendiri penjawat awam, kami sendiri kakitangan awam ada pekeliling larangan berpolitik.. Datuk yg tertangkap ni adalah dari kumpulan A, yang semestinya lebih DILARANG menyertai parti politik

    ReplyDelete
  2. anti zina dan liwatJune 22, 2011 at 12:23 PM

    jangan aibkan orang dan cuba kaitkan dengan orang atau pihak yang kita musuhi..semoga allah merahmati kita semua.amin

    ReplyDelete
  3. Saya ahli Pas sejak tahun 1979. Walaubagaimanapun saya tak setuju untuk membuat sebarang tuduhan. Biarkan mahkamah menentukan samada yang dituduh bersalah. Dan saya tak bersetuju penulis blog menulis tajuk"Datuk UMNO ini ditangkap Khawat? Oh, malunya".

    Tak baik datuk ini dikatakan "Datuk UMNO" kerana tak ada bukti dia ahli UMNO.

    Sekiranya kita benci UMNO membuat tuduhan dan fitnah, adalah baik bagi penulis yang jelas ahli Pas, tidak melakukan hal yang sama. Baik kita diam dalam perkara yang kita tidak tahu. Kita buktikan kepada rakyat bahawa ahli2 Pas adalah lebih bertanggung jawab dari bloggers UMNO yang selalu buat fitnah bangang.

    Cucu cicit Bani Adam

    ReplyDelete