Tuesday, June 07, 2011

Diejek, Tidak Mengaku Merogol, Bekas K/IMF


SEKUMPULAN penunjuk perasaan berhimpun di luar Mahkamah Tinggi New York ketika menunggu ketibaan Dominique Strauss-Kahn semalam.

NEW YORK - Ketibaan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, disambut dengan cemuhan apabila dia dicemuh hampir 100 wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Laungan penunjuk perasaan yang kuat itu boleh didengari sehingga tingkat ke-13 bangunan tersebut semasa Straus-Kahn tiba untuk menghadapi perbicaraan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di sini pada bulan lalu.

Strauss-Kahn yang keluar dari kenderaan utiliti sukan kelihatan memakai kot biru gelap dan bertali leher sebelum memasuki mahkamah dengan ditemani isterinya, Anne Sinclair yang tersenyum sambil memegang erat lengan suaminya.

Penunjuk perasaan itu merupakan anggota Kesatuan Pekerja Hotel New York turut membawa sepanduk yang tertera ayat: 'Kecederaan terhadap salah seorang daripada kami juga akan menyebabkan kecederaan kepada semua pekerja.'

Strauss-Kahn membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan melakukan serangan seksual tersebut semalam di kamar mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang kerani mahkamah.

"Tidak bersalah," kata bekas ketua IMF itu kepada kerani mahkamah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Seorang peguam bela Strauss-Kahn, Benjamin Brafman kemudian memberitahu pemberita: "Apabila wujud bukti, ia jelas menunjukkan tiada sebarang paksaan."

Perbicaraan seterusnya yang dikendalikan oleh Hakim Michael Obus di Mahkamah Tinggi New York akan berlangsung pada 18 Julai ini. - Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Anwar (yang digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu) pun sama lah, tak mengaku rakaman video sendiri. Looks like me, but not my tummy.

Stupid PAS!!!

Anonymous said...

nampaknya orang kapir lagi bagus dari orang Islam. berani serang terang2 orang yang buat jenayah seks.

tapi orang Islam kat mesia? bersungguh2 lindungi penjenayah seks walaupun bukti dah ada.

what a pity!

Negara Islam (X)
Negara Kebajikan (/)

Membangun Bersama Islam (X)
PAS 4 All (/)

PAS dah hilang haluan semata2 gilakan kuasa ke Putrajaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails