Tuesday, June 14, 2011

Harga Ikan Naik, Bukan Ancam Nelayan Pemogok.


HARGA ikan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur semalam kekal tinggi dipercayai berpunca daripada tindakan 500 nelayan mogok ke laut.

PENGGUNA

KL 14 Jun 11: Harga ikan naik, kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap nelayan yang mogok.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, jiika kenaikan harga ikan sepanjang dua minggu lepas dikaitkan dengan faktor musim cuti sekolah tetapi kini, mogok pula dikatakan punca harganya tidak turun-turun. Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar utama di sini semalam mendapati, rata-rata harga yang ditawarkan bagi sekilogram ikan segar tidak banyak beza berbanding sepanjang musim cuti persekolahan.

Malah, ada harga ikan tertentu seperti kembung, sardin dan pelaling didapati naik di antara RM1 hingga RM6 sekilogram. Seorang penjual ikan Pasar Chow Kit, Maslan Md. Nin, 48, berkata, walaupun mogok tidak menyebabkan bekalan ikan terputus namun, ia akan menyebabkan harga naik jika bekalan diimport dari luar negara.

"Kami sedar kesan mogok oleh persatuan nelayan di Johor, Perlis dan Pahang punca kenaikan harga ikan tetapi kami masih boleh mendapat bekalan dari Indonesia dan Thailand.

"Bagaimanapun, kini kami sukar mendapat bekalan ikan kembung sejak tiga hari lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, Malaysiakini menyebutkan harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi. Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails